Matrade Belanja 2.0 Juta Pound Untuk Promosi Makanan M'sia Di London Pada 2010

Diterbitkan: Ahad, 10 Januari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

LONDON: Perbadanan Perbangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) memperuntukkan 2.0 juta pound sepanjang 2010 bagi melaksanakan kempen perhubungan awam pemasaran di sini (London) bagi mempromosikan makanan Malaysia.

Pesuruhjaya Perdagangan Malaysia bagi United Kingdom, Raja Badrulnizam Raja Kamalzaman berkata kempen itu yang akan dilaksanakan melalui Kempen "Malaysia Kitchen", bermatlamat mempromosikan restoran Malaysia di sini.

Sebanyak 38 daripada 62 restoran Malaysia di United Kingdom beroperasi di bandar raya ini, katanya kepada pemberita Malaysia yang membuat liputan lawatan rasmi pertama Timbalan Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin ke London mulai Ahad hingga 14 Januari ini.

Beliau berkata usaha itu juga bertujuan meningkatkan antara 20 peratus dan 30 peratus pengunjung ke restoranrestoran Malaysia, terutama di London, dan selain meningkatkan pengimportan makanan diproses dari Malaysia.

Kempen itu, yang diharap meningkatkan peminat makanan Malaysia, juga dijangka meningkatkan bilangan pelancong yang melawat Malaysia, katanya.

Sebagai permulaan, Muhyiddin dijangka melancarkan kempen promosi makanan Malaysia apabila Malaysia menjadi penaja utama program "Taste of London" selama empat hari di sini pada Isnin ini.

Ramai Chef terkemuka di sini, seperti Gordon Ramsay, Angela Hartnet, Jason Atherton, Richard Corrigan, Atul Kochhar akan menjaya promosi makanan Malaysia, manakala pihak akhbar yang dijemput membuat liputan serta para pengunjung ke acara itu, akan dapat merasai hidangan roti canai, rendang, dan sate yang terkenal, katanya.

"Kami juga akan menganjurkan tiga atau empat lawatan untuk membawa antara lima dan enam orang chef selebriti pada satusatu masa ke Malaysia tahun ini.

"Ini bagi membolehkan mereka mendalami lagi masakan Malaysia dan seterusnya mempromosikan masakan Malaysia di sini," katanya.

Kempen Malaysia Kitchen, yang sebelum ini dilaksanakan oleh banyak agensi sejak 2006 bagi mempromosikan makanan Malaysia di sini dan New York, kini diamanahkan kepada Matrade sahaja.

Raja Badrulnizam berkata Matrade juga akan menaja kursus penyediaan makanan Malaysia di institusi terkemuka di sini bagi meningkatkan bilangan bakat tempatan dalam masakan Malaysia.

Selain itu, katanya Matrade juga sedang merancang memperkenalkan satu portal interaktif mengenai makanan Malaysia bulan depan.

"Antara lain, menu makanan Malaysia akan dimasukkan dalam portal itu dan peminat makanan Malaysia di sini boleh mengetahui restoran makanan Malaysia paling hampir dengan kawasan masing-masing.

"Mereka juga akan dapat membuat tempahan makanan Malaysia melalui portal itu," katanya.

Beliau berkata Matrade juga akan menganjurkan aktiviti makanan Malaysia di pelbagai pasar raya besar di sini, dan sebagai permulaan, di Selfridges bagi mengadakan demonstrasi makanan Malaysia dengan membawa ramai chef tempatan dan juga dari Malaysia sendiri serta tokoh terkenal lain, seperti Datuk Jimmy Choo bagi bercakap mengenai makanan Malaysia.

Secara keseluruhannya, beliau berkata makanan Malaysia menduduki ranking keempat atau kelima di sini dari segi makanan oriental selepas makanan India, China, Thai dan Vietnam.

Beliau berharap aktiviti promosi makanan Malaysia tahun ini akan dapat meningkatkan sumbangan makanan diproses dari Malaysia secara keseluruhannya, daripada kira-kira 1.4 peratus sekarang ini.

United Kingdom mengimport barangan bernilai kira-kira 1.85 bilion pound pada 2008, meningkat kira-kira 9.9 peratus berbanding 2007, katanya.

Beliau berkata peningkatan sumbangan itu diharap dapat dilihat dengan ketara pada 2011 dan 2012 kelak, katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan