"Mass" Penganut Kristian Berjalan Lancar Dan Aman Di Ibu Negara

Diterbitkan: Ahad, 10 Januari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Upacara sembahyang bagi penganut agama Kristian yang diadakan setiap Ahad di kesemua gereja di ibu kota hari ini berjalan dengan aman dan terkawal.

Ketua Paderi Gereja St John's Cathedral Bukit Nenas, yang merupakan antara gereja terbesar di Kuala Lumpur, Monsighor James Gnanapirasagam berkata walaupun terdapat beberapa insiden cubaan membakar gereja di beberapa tempat di negara ini sejak Jumaat, upacara "mass" hari ini berjalan seperti biasa.

Beliau berkata dengan adanya beberapa aggota polis yang ditempatkan di sekitar kawasan itu telah mewujudkan keadaan yang lebih aman dan terkawal.

"Kami amat berterima kasih kepada polis, dan menghargai tangggungjawab mereka dalam menjamin keselamatan semasa mass pagi ini.

"Sudah tentu kami merasa bimbang selepas beberapa gereja diserang sejak beberapa hari lepas. Bagaimanapun orang ramai tetap datang ke gereja," katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Beliau berharap rakyat Malaysia akan terus saling hormat menghormati antara satu sama lain walaupun berbeza agama dan kepercayaan, dan memastikan negara sentiasa aman dan selamat.

Beliau berkata setiap Ahad, gereja itu mengadakan tiga sesi "mass" iaitu pada pukul 8 pagi, 10.30 pagi dan 6 petang.

Sementara itu, Micheal Joseph, 32, yang ditemui selepas bersembahyang di gereja itu berkata pada awalnya beliau takut untuk berkunjung ke gereja itu sehingga melihat beberapa anggota polis ditempatkan di kawasan tersebut.

"Bagi saya protes sebegini perlu dielakkan kerana ia boleh dibincang secara baik oleh pihakpihak tertentu. Apa yang penting ialah minda yang lebih terbuka perlu diamalkan oleh rakyat Malaysia," katanya.

Charlene Clarisse, 33, berkata: "Sudah lama kita hidup dalam keadaan aman walaupun berbilang kaum dan agama dan janganlah disebabkan hanya mengikut perasaan ada orang lain yang cedera.

"Sebagai orang awam, kita tidak sepatutnya menimbulkan provokasi serta menilai siapa yang betul dan siapa yang salah dalam kes ini," katanya.

Solomon Pagar, 45, pula mengakui beliau risau dengan keadaan yang berlaku kerana ia melibatkan ketenteraman awam yang selama ini dapat dikekalkan oleh rakyat berbilang kaum di negara ini.

"Walaupun perasaan bimbang menghantui diri saya terutama apabila mahu pergi ke gereja tetapi saya percaya pada undang-undang yang telah diperuntukkan untuk mengatasi masalah ini," katanya.

- BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan