Jangan Sertai Perhimpunan Depan Gereja Minggu Depan - Polis

Diterbitkan: Ahad, 10 Januari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Polis hari ini memberi amaran kepada orang ramai supaya tidak terlibat dalam sebarang demonstrasi di Gereja Assumption, Petaling Jaya yang dikatakan akan dijalankan pada 13 Jan ini.

Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar berkata tindakan berhimpun secara haram itu tidak akan membantu meredakan suasana tetapi hanya akan mengeruhkan lagi keadaan.

"Saya dimaklumkan ada SMS yang kini tersebar mengajak orang ramai berhimpun di gereja tersebut minggu hadapan, justeru saya merayu orang ramai agar tidak menyertai perhimpunan yang dikatakan itu.

"Serahkan siasatan kepada kami, biar kami yang uruskan... jangan membuat tindakan yang akan mengeruhkan lagi keadaan dan menimbulkan suasana tegang," katanya kepada pemberita selepas membuat lawatan ke gereja tersebut hari ini.

Beliau berkata polis tidak akan teragakagak untuk bertindak tegas terhadap sesiapa sahaja yang melakukan perkara yang melanggar peruntukan undangundang, termasuk berhimpun secara haram.

Ketika ditanya mengenai dakwaan terdapat sebuah masjid di Klang Jaya diserang, beliau berkata: "Perkara seperti itu tidak berlaku. Tolong jangan dengar khabar angin dan tolong jangan buat spekulasi."

Beliau bagaimanapun berkata polis menerima satu laporan mengenai sebuah surau di Klang dibaling batu oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Katanya setakat ini hanya tiga buah gereja di sekitar Selangor dijadikan sasaran. "Tiada kes baru dilaporkan. Namun ada sebuah gereja dilaporkan mengalami kecurian," katanya.

Khalid berkata polis sedang mengenal pasti suspek yang terlibat dalam cubaan membakar ketigatiga buah gereja di Selangor.

Sementara itu, beliau turut mengesahkan bahawa enam orang yang dipercayai anggota kumpulan 'Penjahat Empat Jahanam' ditahan di Pasir Putih, Kelantan semalam di mana empat daripada mereka merupakan suspek utama dan dua lagi rakan kepada kesemua suspek.

Dengan tangkapan itu, tujuh kes samun di sekitar Lembah Klang dan Pahang berjaya diselesaikan, katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan