JAIS Arah Sosilawati Dan Pasangan Hadir Bantu Siasatan

Diterbitkan: Ahad, 10 Januari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Usahawan kosmetik terkenal, Datuk Sosilawati Lawiya dan pasangannya yang ditangkap berkhalwat pada malam tahun baru lalu, diarah hadir ke ibu pejabat Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Shah Alam pada pukul 9 pagi Selasa ini.

Arahan berkenaan bagi membolehkan JAIS menjalankan siasatan berhubung dakwaan pengesahan perkahwinan mereka.

Menurut Penolong Pengarah Bahagian Perancangan dan Strategik JAIS, Shahrom Maarop, pihaknya telah mengeluarkan notis kepada usahawan wanita itu dan pasangannya Selasa lepas.

"Pegawai penguatkuasa kami telah pergi ke rumah Sosilawati dan serahkan notis itu.

"Cuma saya tidak dapat pastikan sama ada dia telah menerima notis berkenaan atau tidak," katanya kepada mStar Online hari ini.

Shahrom berkata, pihaknya telah menyerahkan dua notis, satu untuk Sosilawati dan satu lagi untuk pasangannya.

Ditanya mengapa notis bagi pasangan Sosilawati yang didakwa seorang duda tidak dapat diserahkan oleh pihak JAIS, Shahrom berkata: "Pihak kami tidak dapat kerjasama daripada dia kerana alamat rumahnya tidak diberikan semasa serbuan dibuat tempoh hari."

"Sebab itu kita serahkan kepada rumah Sosilawati. Kita harap pasangan ini akan tampil membantu siasatan," katanya.

Katanya, pengasas produk kecantikan Nouvelles Visages dan pasangannya perlu membawa surat akuan nikah mereka bagi membantu siasatan.

"Kita perlu rekod keterangan daripada pasangan ini. Selepas itu, kita akan kaji bukti seperti surat nikah yang dikemukakan," ujarnya.

Jelasnya, sekiranya pasangan terbabit gagal hadir untuk memberi keterangan sebanyak tiga kali berturut-turut mereka boleh dikenakan tindakan mahkamah.

"Jika mereka gagal hadir sebanyak tiga kali pihak kami boleh memohon kepada mahkamah untuk mengeluarkan waran untuk minta mereka hadir memberi keterangan," katanya.

Pada malam tahun baru lalu, usahawan wanita itu ditangkap berkhalwat dengan pasangannnya di kondominium Astana Damansara di sini.

Bagaimanapun, mereka menafikan ditangkap melakukan kesalahan itu kerana mendakwa telah bernikah di luar negara. Pada sidang akhbar baru-baru ini, Sosilawati turut menunjukkan surat keterangan akuan nikah dan sijil nikah yang dikeluarkan pejabat agama Songkhla, Thailand bertarikh 25 November 2009.

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan