Insiden Bakar Gereja Ancam Industri Pelancongan Negara

Diterbitkan: Ahad, 10 Januari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

RAUB: Insiden cubaan membakar gereja di beberapa tempat di negara ini dikhuatiri akan menjejaskan pertumbuhan industri pelancongan Malaysia, kata Menteri Pelancongan Datuk Seri Dr Ng Yen Yen.

Beliau berkata ketegangan isu agama akan mewujudkan perasaan takut di kalangan pelancong asing untuk mengunjungi negara ini dan ia sekaligus menjejaskan ekonomi negara.

"Ini adalah era komunikasi, jadi maklumat amat cepat sampai... pelancong tidak akan memilih tempat yang ada konflik khususnya isu agama," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis sambutan Krismas dan Tahun Baru yang dihadiri kira-kira 150 penganut Kristian di sini, hari ini.

Katanya insiden itu menghantar mesej yang salah kepada pelancong asing sedangkan Malaysia sering dilabelkan sebagai sebuah negara harmoni walaupun mempunyai masyarakat berbilang bangsa dan agama.

Bagaimanapun, beliau berkata pihaknya masih belum menerima maklumat berhubung kesan insiden berkenaan terhadap kedatangan pelancong ke negara ini.

"Sekarang kita masih memantau lagi perkembangan ini melalui pejabat pelancongan (Tourism Malaysia) di seluruh dunia," katanya.

Ng, yang mengutuk insiden itu, berkata rakyat tidak seharusnya terikutikut dengan perbuatan segelintir individu yang berniat jahat untuk menimbulkan keadaan huruhara di dalam negara ini.

Katanya kerajaan Barisan Nasional (BN) yang sentiasa memelihara keamanan dan hak kebebasan beragama akan memastikan individu terlibat menerima tindakan sewajarnya.

Tujuh buah gereja termasuk yang terbaru di Miri, Sarawak serta sebuah gereja dan pos pengawal Sekolah Menengah Convent di Taiping, Perak menjadi sasaran cubaan membakar setakat ini. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan