Allahyarhamah Fatimah Tokoh Pejuang Berjasa: Najib

Diterbitkan: Ahad, 10 Januari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menyifatkan Tun Dr Fatimah Hashim, wanita pertama dilantik menganggotai jemaah menteri Malaysia yang meninggal dunia semalam, sebagai seorang tokoh pejuang yang banyak berjasa kepada negara, kerajaan dan Umno.

Perdana Menteri berkata, sebagai seorang Menteri yang menganggotai Kabinet awal negara selepas kemerdekaan, Allahyarhamah telah memberi sumbangan amat besar nilainya kepada kerajaan dan negara.

Katanya, Fatimah, 85, adalah seorang tokoh wanita unggul yang meletakkan asas dalam perjuangan wanita pada peringkat awal kemerdekaan negara ini.

"Oleh itu saya menganggap Allahyarhamah sebagai seorang tokoh pejuang, tokoh wanita dan tokoh dalam kerajaan yang begitu besar jasanya," katanya kepada pemberita selepas menghadiri istiadat pengebumian Allahyarham di sini hari ini.

Allahyarhamah, yang meninggal dunia di rumahnya pada 11.35 malam semalam kerana sakit tua, disemadikan dalam satu istiadat pengebumian negara di Makam Pahlawan, Masjid Negara di sini pada kira-kira pukul 2.10 petang.

Allahyarhamah Fatimah, yang meninggalkan enam orang anak, dikebumikan selepas solat Zuhur bersebelahan pusara suaminya, Tan Sri Abdul Kadir Yusoff iaitu bekas Peguam Negara dan Menteri Undang-Undang dan Pembangunan Negara yang meninggal dunia pada April 1992.

Fatimah dilantik sebagai Menteri Kebajikan pada 20 Mei 1969 hingga 1 Mac 1973. Allahyarhamah menceburi arena politik pada 1947 dan memegang jawatan Ketua Pergerakan Kaum Ibu Umno, yang kini dikenali sebagai Pergerakan Wanita Umno, pada 11 Sept 1956 hingga Jun 1972.

Allahyarhamah juga pernah menyandang jawatan Naib Presiden Umno sebanyak tiga penggal mulai 1963 hingga 1967. Sebelum itu, jenazah Allahyarhamah disembahyangkan di Masjid Negara di sini dengan diimamkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom.

Seramai lebih 200 sanak saudara dan kenalan hadir memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarhamah.

Turut hadir, isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Sidek Hassan dan beberapa menteri kabinet yang lain. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan