UiTM Mahu Lahirkan Lebih Ramai Tauke Pada Masa Akan Datang

Diterbitkan: Sabtu, 9 Januari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Naib Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM) Prof Datuk Ir Dr Sahol Hamid Abu Bakar hari ini berkata beliau mahu mengubah pendekatan universiti itu dengan melahirkan lebih ramai majikan daripada hanya menghasilkan pekerja.

Buat masa ini, UiTM memang terkenal kerana menghasilkan graduan yang memenuhi keperluan pasaran pekerjaan tetapi bagi menghadapi cabaran globalisasi, universiti difikirkan perlu naik setakuk lagi iaitu dengan melahirkan lebih ramai lagi majikan, katanya selepas merasmikan seminar sehari "Malaysia di Persimpangan" di sini hari ini.

Sebagai contoh, katanya, untuk menjadikan seorang jurutera berkecimpung dalam perniagaan, seseorang graduan seharusnya mengambil kursus Sarjana Dalam Pengurusan Perniagaan (MBA).

Bukan itu sahaja, Dr Sahol Hamid berkata para graduan UiTM mungkin digalakkan mengikuti kursus keusahawanan selain daripada kursus asal bagi mendidik mereka mengenai asas-asas perniagaan.

Beliau juga berkata para pelajar UiTM juga digalakkan mengikuti pengajian Bahasa Mandarin kerana selain meningkatkan kefahaman mereka terhadap bahasa Cina mereka juga mampu memahami kebudayaan orang Cina.

Dr Sahol Hamid yang berasal dari Pulau Pinang berkata beliau sendiri boleh bertutur Bahasa Cina dalam loghat Kantonis dan Hokkien hasil pergaulan beliau dengan rakan-rakan daripada kaum Cina sejak daripada kecil berikutan hubungan beliau dengan rakan-rakan Cinanya itu masih lagi rapat.

Mengenai seminar pada hari ini, beliau berkata ia dianjurkan supaya ada perbincangan di antara pelbagai pihak mengenai masa depan negara dan langkah-langkah yang perlu diambil bagi menangani masalah di dalam bidang politik, ekonomi dan pendidikan.

Antara topik-topik yang dibincangkan ialah mengenai perkembangan demokrasi di Malaysia, institusi perundangan dan Perlembagaan Negara, peranan Pasukan Keselamatan dalam memelihara pencapaian negara dan melihat kembali kedudukan dasar-dasar politik dan sosioekonomi negara.

Seminar sehari itu dianjurkan oleh Pusat Pengajian Perang Saraf Media dan Informasi UiTM. -BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan