RM15.6 Juta Baik Pulih Dua Pangsapuri Di Bandar Bukit Sentosa

Diterbitkan: Sabtu, 9 Januari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

RAWANG: Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak hari ini mengumumkan peruntukan sebanyak RM15.6 juta bagi membaik pulih 5,000 unit pangsapuri Seri Anggerik dan Seri Cempaka di Bandar Bukit Sentosa, dekat sini yang rosak dipukul ribut lapan tahun lalu.

Beliau berkata peruntukan itu diberikan setelah berpuashati dengan penjelasan penduduk dan memahami kesulitan yang dihadapi mereka.

"Sebelum datang ke sini saya telah meninjau ke kawasan itu. Keadaan flat itu cukup buruk. Macam flat berhantu, macam tak ada orang. Bumbungnya dah rosak dan tercabut dan tidak boleh digunakan lagi. Perkara ini bukan baru. Ia telah berlalu lebih lapan tahun.

"Saya telah berbincang dengan wakil penduduk. Mereka minta saya timbang apaapa peruntukan khas untuk membaik pulih flat itu.

"Jadi, sejajar dengan prinsip rakyat didahulukan maka pihak kerajaan bersedia untuk membantu dan dengan itu saya isytiharkan peruntukan RM15.6 juta untuk membaik pulih pangsapuri tersebut," katanya ketika berucap merasmikan Program Juara Rakyat yang dihadiri lebih 20,000 pengunjung di tapak ekspo Bandar Bukit Sentosa, Hulu Selangor, hari ini.

Turut hadir ialah isteri beliau Datin Seri Rosmah Mansor, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Shafei Apdal, Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Zahid Hamidi, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, menterimenteri kabinet dan pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN).

Najib berkata setelah mengambil alih tampuk pemerintahan negara tahun lalu, beliau melakukan program tinjauan mesra ke beberapa kawasan bagi mengenal pasti masalah rakyat bagi mengatasinya dengan kadar segera.

"Jadi hari ini saya buat walkabout (tinjauan mesra) ke kawasan itu. Dari atas bukit saya dapat lihat dengan jelas keadaan rumah tersebut. Saya rasa sedih... kita rasa sedih sebab ada 5,000 unit rumah dan 25 blok kediaman terlibat. Flat itu boleh dikatakan tidak boleh didiami lagi, malah separuh penduduk juga telah berpindah," katanya.

Dalam sidang medianya kemudian, Najib berkata Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) di bawah Jabatan Perdana Menteri akan mengambil alih urusan membaik pulih dengan memanggil tender untuk melakukan kerja baik pulih berkenaan.

Perdana Menteri menjelaskan pemberian peruntukan itu dibuat setelah mengambil kira beban yang ditanggung penduduk selama ini, malah bagi mereka yang telah berpindah terpaksa menyewa rumah dan terpaksa pula membayar ansuran.

Beliau berkata dalam menangani aduan rakyat kerajaan sentiasa prihatin dan mengambil tindakan berdasarkan kemampuan kerana sesetengah isu boleh diselesaikan sertamerta tetapi ada juga masalah perlu dibawa ke dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK10) untuk penyelesaian.

"Kita akan terus lakukan perkara ini (membantu) kerana kita adalah parti yang sentiasa berjuang membantu rakyat dan memastikan kita adalah juara dalam mengatasi masalah rakyat. Sebagai juara rakyat kita akan sentiasa pastikan untuk sentiasa melakukan perkara yang baik untuk rakyat,"katanya.

Program Juara Rakyat selama tiga hari yang bermula semalam itu akan turut dilaksanakan mengikut tema bulanan di setiap 191 Bahagian Umno seluruh negara pada setiap bulan. BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan