Program Juara Rakyat Kembali Dekati Hati Masyarakat

Diterbitkan: Sabtu, 9 Januari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

RAWANG: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini melancarkan program Juara Rakyat yang menurutnya sebagai tanda Umno menerima isyarat daripada rakyat supaya kembali mendampingi rakyat selepas ditolak pada pilihan raya umum ke-12 lepas.

"Kita pilih Juara Rakyat sebagai tema kita kerana Umno dan rakan dalam Barisan Nasional (BN) dengan segala perasaan rendah diri menerima keputusan pilihan raya umum lepas, yang mana rakyat telah memberi isyarat kepada Umno dan BN.

"Kami dengar dan kami terima bahawa rakyat telah memberi teguran kepada Umno dan BN, teguran itu kami akan hayati bukan saja kami dengar tapi kami insaf bahawa dalam sistem demokrasi berparlimen, rakyat ialah kuasa keramat dan mutlak," katanya.

Program itu dilancarkan penuh meriah apabila lebih 20,000 pengunjung pelbagai peringkat usia dan tanpa mengira kaum membanjiri tapak program di Bandar Bukit Sentosa, dekat sini.

Pelancaran program tiga hari yang bermula semalam itu turut dihadiri isterinya Datin Seri Rosmah Mansor, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan pemimpinpemimpin parti komponen BN.

Najib yang juga Presiden Umno berkata pemimpinpemimpin Umno dan BN tidak boleh lalai, sebaliknya mestilah terus berjuang untuk kepentingan rakyat kerana kedudukan parti pada masa ini adalah semata-mata atas kehendak dan restu rakyat.

"Kita mesti memperlihatkan parti kita melalui segala usaha tindakan yang dilakukan oleh pemimpinpemimpin kita di semua peringkat bahawa kitalah merupakan juara kepada aspirasi dan kehendak rakyat di dalam negara kita.

"Justeru itu kita mesti menyusun langkah untuk memperlihatkan hakikat bahawa kita adalah parti yang sentiasa dapat merasai denyutan nadi rakyat melalui pelbagai usaha yang kita lakukan sepanjang masa," katanya.

Beliau berkata Umno sebagai parti tertua di negara ini juga perlu bekerja lebih keras memenangi hati rakyat agar tidak dilupakan dan hanya menjadi kenangan pada masa depan. Berkongsi cerita pertemuannya dengan Perdana Menteri baru Jepun, Yukio Hatoyama, Najib berkata Umno dan BN wajar mengambil iktibar daripada kejatuhan parti tersohor Jepun, Parti Demokratik Liberal (LDP), kerana parti itu banyak persamaan dengan Umno dari segi peranan mendapat kemerdekaan negara, perjuangan mengisi kemerdekaan serta tempoh pemerintahan.

"Saya tanya Perdana Menteri baru Jepun, Mr Hatoyama tolong bagi tahu saya bagaimana parti saudara telah mengalahkan parti LDP?, jawapannya ringkas sahaja LDP sudah tak lagi dekat di hati rakyat, tidak lagi dapat merasi denyutan nadi rakyat, tak faham apa kehendak dan aspirasi rakyat.

"Bila Hatoyama bagi tahu saya, ayat itu masih terngiangngiang di telinga saya sampailah hari ini," katanya sambil menzahirkan harapan supaya semua parti komponen BN meletakkan komitmen yang tinggi untuk berkhidmat kepada masyarakat.

Najib kemudiannya turut berkongsi cerita tentang bekas wakil Presiden Indonesia Tan Sri Try Sutrisno mengenai kehidupan.

"Dia kata manusia ada pelbagai peringkat, bila pada umur 20 tahun dianggap pada zaman pandangpandang hidup, pada 30an dia dikategori pegangan hidup, bila umur 50an dia masuk kategori perjuangan hidup dan bila berumur 70 tahun ke atas dia masuk kategori kenangan hidup.

"Parti Umno usianya sudah 63 tahun, jangan kita dalam kenangan hidup...kita mesti dalam jiwa muda, semangat kuat, pandangpandang hidup, pegangan hidup... inilah tema kita Umno, Barisan Nasional Juara Rakyat...jangan nampak tak bermaya, bila kita suruh kerja letih, malas, berat...kalau macam itu dah masuk kategori kenangan hidup," katanya yang mendapat tepukan gemuruh daripada hadirin.

Menyindir sikap sesetengah pihak yang suka 'melobi untuk mendapatkan jawatan', Najib berkata mereka, khasnya pemimpinpemimpin masyarakat sepatutnya memfokuskan usaha mereka dalam membantu rakyat dan tidak hanya bermain politik untuk menjawat jawatan yang lebih tinggi.

"Jangan beranganangan sangat, jangan fikir nak jadi wakil rakyat...itu soal kedua, kalau kita buat kerja rakyat suka kita dan pasti (rakyat) boleh menilai kita.

"Ada juga orang yang lobi, kami balik pukul dua pagi pun ada di lapangan terbang...saya dah lama dalam politik, saya tahu bila saya salam pun saya dah dapat tahu dah," katanya.

Sementara itu, pada sidang media kemudiannya, Najib berkata program Juara Rakyat akan dilaksanakan di setiap bahagian Umno di seluruh negara pada setiap bulan mengikut tema tersendiri.

Ini adalah satu cara memastikan parti lebih dekat dengan rakyat dan sentiasa peka terhadap sebarang permasalahan rakyat di peringkat akar umbi, katanya.

Mengulas mengenai kempen 'Umno Pengkhianat Rakyat' yang dilancarkan oleh Pas, Najib menyifatkan kempen seperti itu sebagai satu taktik negatif.

"Itu kempen cara dia (Pas), kita tak kempen cara negatif. Tetapi kita nak lihat berdasarkan track record kita setiap masa," katanya. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan