Perdana Menteri Mahu UiTM Terus Jadi Institusi Pengimbang Sosioekonomi Berkesan

Diterbitkan: Sabtu, 9 Januari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak hari ini berkata beliau ingin melihat Universiti Teknologi MARA (UiTM)terus berkembang sebagai sebuah institusi pengimbang sosioekonomi yang amat penting dan berkesan.

Keberkesanan UiTM sebagai pengimbang sosioekonomi dalam negara tidak boleh dinafikan lagi kerana ramai alumninya berjaya dalam lapangan masing-masing setelah mereka berpeluang melanjutkan pelajaran di universiti itu, katanya semasa berucap pada Malam Simfoni Kasih di sini malam ini.

"Mereka hari ini dalam sektor swasta, GLC (syarikat berkaitan kerajaan) mahupun kerajaan telah banyak beri sumbangan kepada kejayaan negara," katanya.

Sebagai sebuah gedung ilmu, UiTM kata Najib telah berkembang daripada penubuhannya yang serba sederhana kepada sebuah universiti mega.

Dengan jumlah penuntut seramai 140,000 sekarang, UiTM merupakan universiti awam terbesar di Malaysia dan berharap bilangannya akan meningkat ke 200,000 penuntut tidak lama lagi.

Perdana Menteri berkata bagi menampung peningkatan itu, kerajaan akan membina beberapa kampus baru dan jika Selangor tidak ingin kampus baru UiTM di bina di negeri itu, kerajaan akan membina di tempat lain.

Laporan berita hari menyatakan Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) Selangor mempertikaikan tindakan kerajaan Selangor mengenakan prasyarat bagi meluluskan projek kampus UiTM di tanah milik YBK di Serendah, Selangor.

Najib berharap Naib Canselor UiTM Datuk Prof Ir Dr Sahol Hamid Abu Bakar, yang baru dilantik 1 Januari lepas, dapat meneruskan legasi kecemerlangan UiTM.

Perdana Menteri turut mengumumkan sumbangan kerajaan sebanyak RM1 juta kepada Yayasan Budiman UiTM dan mencabar para alumni universiti itu untuk mengumpulkan RM1 juta lagi, dan jika berjaya kerajaan bersedia menyumbang RM1 juta lagi.

Pada majlis malam ini, para alumni UiTM berjaya mengumpul RM1 juta untuk disumbangkan kepada Yayasan Budiman UiTM bagi membiayai pendidikan penuntut kurang berkemampuan di universiti itu. Najib berkata: "Saya pegang satu prinsip, jangan ada seorang pelajar pun tidak meneruskan pengajian kerana tidak mampu."

Malam Simfoni Kasih anjuran Yayasan Budiman UiTM dengan kerjasama Bahagian Hal Ehwal Pelajar & Alumni UiTM serta Persatuan Alumni UiTM bertujuan meraikan para alumni universiti itu.

Pada majlis itu Ketua Eksekutif Kumpulan Perbadanan Nasional Bhd (PNB) Tan Sri Hamad Kama Piah diumumkan sebagai Tokoh Alumni UiTM 2009.

Turut hadir pada majlis itu ialah isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor dan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin. -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan