Malaysia Unjur Tarik Kedatangan 23.5 Juta Pelancong Pada 2009

Diterbitkan: Sabtu, 9 Januari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Malaysia mengunjurkan untuk menarik kedatangan 23.5 juta pelancong pada 2009, yang menjana kira-kira RM51 bilion perolehan pelancongan di sebalik unjuran lebih rendah dalam ketibaan pelancong antarabangsa di seluruh dunia bagi tahun berkenaan.

"Tahun lepas sememangnya amat mencabar bagi banyak negara," kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam ucapannya pada majlis Anugerah Pelancongan Malaysia 2008/2009 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di sini malam ini.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Najib memberi contoh ramalan Pertubuhan Pelancongan Dunia (UNWTO), mengenai penurunan lima peratus dalam ketibaan pelancong antarabangsa di seluruh dunia bagi sepanjang tahun 2009 berbanding 2008.

"Bagaimanapun, Malaysia telah pun menunjukkan ketahannya berdepan cabaran sedemikian dengan sebenarnya mencatatkan pertumbuhan dalam ketibaan pelancong," katanya.

Hakikatnya, sasaran 19 juta ketibaan pelancong antarabangsa yang diramal pada 2009 dipenuhi menjelang Oktober, kata beliau.

Beliau berkata negara sekadar mencatatkan 5.5 juta ketibaan pelancong pada 1998, yang menyumbang pendapatan kira-kira RM8.5 bilion.

"Nampaknya krisis ini telah memperkukuhkan semula komitmen bagi menjalin kerjasama lebih rapat antara penggerak industri dan mendorong penggerak industri pelancongan supaya berinovasi serta mengekalkan pertumbuhan pelancongan.

"Prestasi memberangsangkan dalam mendepani kesukaran hanya membuktikan hakikat bahawa industri pelancongan berupaya mencatatkan pertumbuhan yang lebih besar.

"Dengan ketahanan, inovasi, kualiti produk dan standard perkhidmatan cemerlang, industri pelancongan, iaitu sebahagian daripada sektor perkhidmatan yang lebih besar, dilihat mempunyai peranan penting dalam perjalanan kita ke arah menjadikan Malaysia sebuah negara maju menjelang tahun 2020," katanya.

Najib, yang juga Menteri Kewangan, mengulangi bahawa sejumlah RM899 juta akan diperuntukkan bagi melonjakkan industri pelancongan tahun ini.

Katanya kerajaan turut memperkenalkan liberalisasi 27 subsektor perkhidmatan seperti kesihatan, pelancongan dan pengangkutan.

"Kerajaan mengiktiraf peranan penting industri pelancongan sebagai sumber tukaran wang asing kedua terbesar kepada ekonomi kita," kata Perdana Menteri.

Pada majlis itu, bekas Menteri Pelancongan Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir menerima Anugerah Khas Perdana Menteri, yang baru diperkenalkan, manakala Presiden Persatuan Homestay Malaysia, Sahariman Hamdan, menerima Anugerah Menteri Pelancongan. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan