Keadaan Sekarang Teruk, Bincang Isu Sensitif Secara Tertutup - Dr. M

Diterbitkan: Sabtu, 9 Januari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Tun Dr. Mahathir Mohamad menganggap keadaan sekarang sangat teruk apabila ada pihak yang tergamak menyerang dan membakar gereja-gereja di Lembah Klang awal pagi semalam.

Bekas Perdana Menteri percaya jenayah itu didalangi oleh puak yang tidak matang yang gagal memahami konsep hidup harmoni pelbagai kaum dan agama di negara ini.

Kata beliau, isu-isu sensitif di negara ini melibatkan agama selama ini berjaya diselesaikan dan rakyat hidup dalam suasana tenang dan hormat-menghormati.

"Golongan yang rasional dan bertoleransi hidup harmoni di Malaysia selama ini adalah mereka yang berilmu pengetahuan tinggi tetapi ada segelintir orang di keliling mereka yang tidak matang sehingga berlakunya kejadian yang tidak kita ingini," katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Hari Keluarga Proton 2010 di sini hari ini.

Beliau mengulas mengenai empat insiden membaling bom buatan sendiri di tiga gereja iaitu di Gereja Metro Tabernacle, Desa Melawati; Gereja Assumption Petaling Jaya dan Gereja Life Chapel di Damansara awal pagi semalam.

Dan yang terbaru hari ini, apabila polis mendapati sebuah lagi gereja, Good Shepherd Lutheran yang dikatakan turut cuba dibakar pada masa yang sama.

Insiden pertama berlaku pada kira-kira jam 12.30 malam di Gereja Metro Tarbenacle, Desa Melawati apabila dipercayai seorang lelaki bermotosikal membaling topi keledar berisi bom petrol melalui tingkap gereja tersebut.

Kejadian kedua berlaku di Gereja Assumption di Petaling Jaya pada kira-kira jam 4 pagi dan Gereja Chapel, Damansara turut menjadi sasaran pihak tidak bertanggungjawab kira-kira jam 9 pagi.

Bagaimanapun bom petrol dalam botol yang dibaling oleh lelaki bermotosikal ke dalam kedua-dua gereja itu tidak meletup dan tidak mengakibatkan kebakaran.

Dr. Mahathir berkata, kejadian seumpama itu dapat dibendung jika isu-isu sensitif dibincangkan secara tertutup demi menjaga kepentingan negara dan hubungan antara kaum serta agama.

Beliau berkata, semasa menerajui negara banyak perkara dapat diselesaikan dengan kaedah berkenaan walaupun terdapat pihak yang tidak berpuas hati dengan beberapa keputusan yang dibuat pada waktu itu.

"Kita berjaya selesaikan, masalah tak timbul pada masa saya dulu, kita mesti ingat negara ini ada pelbagai kaum, pelbagai agama dan pelbagai bahasa jadi kita tidak sepatutnya bincang yang sensitif secara terbuka," jelas beliau.

Dalam pada itu, beliau menegur sesetengah media yang sengaja mensensasikan sesuatu isu walaupun ia boleh menyinngung perasaan pihak lain.

"Jadi ini adalah sesuatu yang kita mesti elakkan," tegas beliau.

Ini kerana, tambah beliau, sejak akhir-akhir ini semua pihak mahu mebuktikan mereka lebih liberal termasuk rakyat dan kerajaan sehingga keadaan menjadi tidak terkawal.

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan