Kajian Kadar Baru Tol Di Peringkat Akhir - Najib

Diterbitkan: Sabtu, 9 Januari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Kerajaan kini dalam peringkat akhir kajian penstrukturan semula kadar tol lebuh raya, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata kadar baru itu akan mengutamakan kepentingan dan kepuasan pengguna serta mengambil kira tahap kualiti lebuh raya yang tinggi.

"Kini, ia dalam peringkat akhir dan saya akan umumkan (kadar baru tol) nanti," katanya ketika merasmikan Persada PLUS di sini semalam.

Najib menegaskan kadar baru tol itu adalah 'munasabah' kepada rakyat.

Beliau turut menyarankan agar PLUS terus menyediakan kemudahan lebuh raya yang selesa dan bermutu kepada pengguna termasuk menambahbaik lorong sedia ada.

"Kalau ada laluan sesak, cepatcepat tambahkan lorong, tentang kos boleh runding dengan kerajaan kerana kita mengamalkan prinsip berkongsi kos.

"Kalau tol naik sikit, orang takkan marah sebab perjalanan lancar dan tiada kesesakan," katanya.

Perdana Menteri juga berkata pembangunan lebuh raya adalah sangat penting dalam menyumbang kepada pertumbuhan penempatan dan kawasan perindustrian baru yang dapat membantu menjana ekonomi negara.

"Saya percaya sistem lebuh raya kita dapat cetuskan kerancakan ekonomi di tahap tinggi kerana pergerakan manusia, barangan dan perkhidmatan bergantung kepada jaringan lebuh raya yang canggih dan berkualiti," katanya.

Sementara itu, Menteri Kerja Raya Datuk Shaziman Abu Mansor berkata kajian kadar baru tol itu terletak di bawah Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS), Unit Perancang Ekonomi Jabatan Perdana Menteri (JPM).

Ketika ditemui pemberita selepas perasmian, Shaziman berkata kementeriannya turut memberi input terhadap kajian tersebut.

Pada majlis yang sama, isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor yang juga penaung program Permata Pintar Negara merasmikan pusat pembangunan kanak-kanak PLUS (PLUS CDC) yang memberi peluang kepada kakitangan syarikat itu menghantar anak masingmasing bagi mendapatkan pendidikan pada usia awal.

Ia mula beroperasi sejak Mei tahun lepas dan boleh menampung seramai 60 kanak-kanak dalam satusatu masa. PLUS CDC dilengkapi dengan ruang aktiviti yang luas, taman permainan kanak-kanak, kolam permainan pasir, ruang makan, katil mudah alih serta bilik sakit.

Persada PLUS berkeluasan lebih 9 hektar yang menelan belanja sebanyak RM108 juta terdiri daripada sebuah menara korporat setinggi sembilan tingkat yang turut memuatkan pusat kawalan trafik PLUS, mula beroperasi pada penghujung 2008. BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan