Dr. M Yakin Proton Terus Kuasai Pasaran Kereta Tempatan

Diterbitkan: Sabtu, 9 Januari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Dr. Mahathir Mohamad mencuba motosikal Pari-Pari (Stingray) berkuasa 1,500cc hasil reka cipta dan inovasi penyelidikan dan pembangunan (R&D) Proton selepas merasmikan Hari Keluarga Proton di Kilang Proton di Shah Alam hari ini. - foto BERNAMA
Dr. Mahathir Mohamad mencuba motosikal Pari-Pari (Stingray) berkuasa 1,500cc hasil reka cipta dan inovasi penyelidikan dan pembangunan (R&D) Proton selepas merasmikan Hari Keluarga Proton di Kilang Proton di Shah Alam hari ini. - foto BERNAMA

SHAH ALAM: Tun Dr Mahathir Mohamad yakin Proton Holdings Bhd. (Proton) akan terus menguasai pasaran kereta tempatan berikutan prestasi yang memberangsangkan selepas rakyat kembali yakin dengan model-model terbaru keluaran syarikat automotif nasional itu.

Bekas Perdana Menteri yang juga penasihat Proton berkata, syarikat automotif gergasi negara itu dapat menerajui kembali segmen kenderaan tempatan selepas berjaya memulihkan prestasi yang sebelum ini merudum.

Beliau berkata, pencapaian syarikat itu ketika ini merupakan hasil kerjasama erat pihak pengurusan dan kakitangan yang terus setia dan yakin dengan kebolehan sendiri.

"Hari ini telah berjaya pulihkan industri gergasi ini selain Petronas tetapi kita ada kelebihan kerana bidang kejuruteraan yang lebih canggih selain kesetiaan pekerja dengan syarikat selama 25 tahun," katanya semasa berucap merasmikan Hari Keluarg Proton 2010 di sini hari ini.

Hadir sama ialah isteri beliau, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali; Pengerusi Proton, Datuk Mohd. Nadzmi Mohd. Salleh dan Pengarah Urusan Kumpulan, Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir.

Kira-kira 10,000 pegawai dan kakitangan Proton hadir memeriahkan masjlis tahunan berkenaan.

Proton mencatatkan kenaikan 77 peratus di dalam keuntungan pracukainya yang mencecah RM100.652 juta bagi suku kedua berakhir 30 September 2009 berbanding dengan RM56.608 juta di dalam suku yang sama 2008.

Dengan perolehan meningkat kepada RM2.104 bilion daripada RM1.846 bilion sebelum ini, pengeluar kereta nasional itu menyatakan, ia disumbang oleh keputusan yang bertambah baik yang menyumbangkan margin keseluruhan yang lebih baik berikutan pengenalan kenderaan pelbagai guna (MPV), Exora.

Proton juga dilaporkan optimis mengenai peningkatan agihan pasarannya kepada 29 peratus di dalam tahun kewangan berakhir 31 Mac, 2010 daripada 26 peratus pada 2009.

Saingan terdekat Proton bagi segmen kereta tempatan paling popular ialah Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (PERODUA).

Dalam pada itu, Dr. Mahathir berkata, pada satu ketika kereta-kereta Proton menguasai 80 peratus pasaran di negara ini.

Katanya, kereta nasional itu sangat popular tetapi jatuh seketika dengan sebuah lagi pengeluar kereta nasional.

"Kerana itu saya yakin bahawa Proton akan jadi terkenal di seluruh dunia, kita ada kemampuan untuk itu tetapi prestasi mesti dipertingkatkan, kita mahu kejar kemajuan industri ini yang sentiasa berubah," ujar beliau.

Sementara itu beliau berkata, industri automotif dunia menghadapai masalah dengan syarikat besar banyak ditutup termasuk di Eropah dan Amerika Syarikat malah jenama-jenama terkenal kini tiada lagi.

"Oleh sebab kita boleh berbangga sebab kita masih wujud sebab itu dalam syarikat besar seperti ini kerjasama kakitangan dan pengurusan amat penting," ujar beliau.

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan