102 Ahli PAS Sertai Umno Di Kelantan

Diterbitkan: Sabtu, 9 Januari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PASIR MAS: Tindakan 102 ahli PAS kawasan Kampung Binjal, Pohon Tar, di sini, menyertai UMNO disifatkan sebagai petanda baik kepada Barisan Nasional (BN) untuk kembali memerintah Kelantan pada pilihan raya umum akan datang.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri, Datuk Mustapa Mohamed berkata penyertaan ahli PAS itu turut menggambarkan rakyat negeri itu sudah bosan dengan pemerintahan PAS yang semakin bercelaru dengan pelbagai isu.

"Penyertaan ini akan dijadikan dorongan untuk melakukan gerakan secara menyeluruh bagi membolehkan UMNO kembali memerintah negeri itu," katanya kepada pemberita pada majlis bersama Tok Pa di sini semalam.

Pada majlis itu, Mustapa, yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, menerima 102 borang keahlian UMNO yang diserahkan oleh bekas setiausaha PAS cawangan kampung berkenaan, Tuan Roni Raja Sulaiman.

Sementara itu, Tuan Roni berkata kumpulan itu bertindak menyertai UMNO kerana mendakwa PAS gagal menunaikan janji dan menyisihkan kepentingan rakyat. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan