Tumpuan Saya Bekerja Untuk Rakyat, Negara: Dr Ng

Diterbitkan: Jumaat, 8 Januari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Naib Presiden MCA, Datuk Seri Dr Ng Yen Yen hari ini menegaskan bahawa beliau tidak mahu terlibat dengan kemelut yang melanda parti itu.

Ng yang juga Menteri Pelancongan sebaliknya berkata, beliau mahu menumpukan perhatian terhadap tugasnya kepada rakyat dan negara.

Menurutnya, beliau amat berharap MCA akan kembali stabil dan boleh menjalankan amanah yang diberikan oleh rakyat.

"MCA perlu stabil dan kita harus menjalankan tugas untuk rakyat. Saya faham setiap ahli Jawatankuasa Pusat (CC) mempunyai pendirian mereka masing-masing dan saya tidak mahu terlibat dengan perkara ini," katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas mengadakan lawatan ke gereja Metro Tabernacle di Desa Melawati yang dibakar tengah malam tadi, di sini hari ini.

Ng berkata demikian ketika diminta mengulas kemelut yang melanda parti itu yang masih belum ada penyelesaiannya termasuklah soal tarikh pemilihan baru parti itu akan diadakan. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan