Tindakan Berhubung Kehilangan Enjin Jet Berdasarkan Siasatan

Diterbitkan: Jumaat, 8 Januari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, tindakan yang diambil berhubung kehilangan enjin jet F5E milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) berdasarkan siasatan ketua marsyal tentera dan polis.

"Saya tidak mahu ada tuduhan bahawa kita hanya menangkap ikan bilis, tetapi tidak tangkap ikan besar. Kita mengambil tindakan kepada mereka yang bersalah berdasarkan siasatan yang dibuat oleh keduadua pihak berkenaan," katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian diploma di Maktab Pertahanan Angkatan Tentera di sini, hari ini.

Beliau berkata, laporan berhubung kehilangan enjin itu dibuat atas arahan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang ketika itu selaku Menteri Pertahanan.

"Ingin saya sebutkan Perdana Menteri (Najib) ketika menjadi Menteri Pertahanan, beliaulah yang meminta supaya laporan polis dibuat apabila beliau sendiri menerima laporan pada hari berkenaan.

"Beliau telah meminta laporan dibuat pada hari yang sama dan tidak ada penutupan fakta-fakta kes kehilangan enjin kapal terbang ini," katanya.

Ahmad Zahid berkata, tidak ada anggota melebihi pangkat sarjan terlibat dalam kes itu

"Saya ingin sebutkan tidak ada orang lain yang terlibat yang berpangkat lebih tinggi daripada sarjan berkenaan, tidak ada, ini dilakukan melalui siasatan yang dibuat oleh ketua marsyal ATM (Angkatan Tentera Malaysia) serta Jabatan Siasatan Jenayah Polis DiRaja Malaysia (PDRM)," katanya.

Rabu lepas, seorang anggota TUDM, Sarjan N. Tharmendran, 42, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya terhadap pertuduhan bersubahat dengan Laskar Udara Mohamad Shukri Yusop atas dakwaan mencuri enjin pesawat F5 jenis J8521 milik TUDM.

Selain itu, seorang pengarah syarikat pembekalan, K.Rajandran Prasad, 38, turut mengaku tidak bersalah atas pertuduhan bersubahat mencuri dan menghapuskan enjin pesawat itu.

Kerajaan kini berusaha untuk mendapat kembali keduadua enjin itu yang telah dikesan di Uruguay. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan