PM Kutuk Tindakan Bakar Gereja

Diterbitkan: Jumaat, 8 Januari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengutuk perbuatan mereka yang tidak bertanggungjawab menyerang gereja dan mengarahkan polis meningkatkan kawalan di semua rumah ibadat di seluruh negara.

Perdana Menteri berkata, beliau memandang berat insiden tersebut di mana menurutnya membabitkan dua insiden kebakaran gereja dan satu lagi menerima ugutan.

Menurut Najib, perbuatan seperti itu boleh menghancurkan keharmonian yang wujud di negara ini.

"Saya mengutuk tindakan yang telah dibuat oleh mereka yang tidak bertanggungjawab kerana ini akan menghancurkan keharmonian dalam negara kita.

"Keadaan di mana wujud kepelbagaian agama sebagai satu amalan hidup... kita hormat menghormati antara satu sama lain... (ia) tidak boleh digugat oleh sesiapa," katanya kepada pemberita selepas menyaksikan majlis pertukaran memorandum perjanjian Program Pembangunan Modal Insan Wilayah Ekonomi Koridor Utara di sini.

Perdana Menteri berkata, kerajaan akan mengambil apa jua tindakan bagi mencegah perbuatan sedemikian.

Katanya, beliau telah memaklumkan kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan supaya meningkatkan kawalan di semua rumah ibadat.

Awal hari ini, dua gereja satu di Desa Melawati, Kuala Lumpur dan satu lagi di Jalan Templer, Petaling Jaya mengalami kebakaran akibat perbuatan khianat manakala satu lagi juga di Petaling Jaya menerima ugutan.

Najib berkata, apa jua masalah yang berbangkit dalam negara perlu diselesaikan melalui kaedah atau saluran yang sesuai dengan undangundang.

"Tidak boleh mengambil tindakan yang melampaui batas yang boleh mengancam keharmonian negara kita," katanya. Perdana Menteri juga berkata, pihak tertentu tidak seharusnya menuding jari kepada mana-mana pihak berhubung insiden tersebut.

"Perkara itu perlu diserahkan kepada pihak berkuasa untuk membuat siasatan rapi dan apa jua tindakan adalah berasaskan undangundang negara," katanya.

Ditanya mengenai perhimpunan yang akan diadakan selepas solat Jumaat, Najib berkata, beliau sudah memaklumkan kepada polis untuk memantaunya.

"Sebab itulah mereka perlu menghentikannya dari awal lagi, mudah-mudahan dengan kenyataan ini serta tindakan oleh polis, rakyat tidak akan mengetepikan undangundang dan bertindak ikut suka sendiri," kata Najib.

Ditanya sama ada beliau akan sentiasa dimaklumkan berhubung insiden tersebut, Najib berkata, beliau telah pun mendapatkan maklumat mengenai perkara itu daripada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein dan Ketua Polis Negara.

"Setelah memperoleh buktinya, beliau akan melaporkan kepada saya," kata Najib.

Dalam pada itu, Najib menolak andaian seorang wartawan laman portal kononnya anggota Umno yang cuba menimbulkan ketegangan selepas keputusan mahkmah yang membenarkan kalimah "Allah" digunakan oleh majalah Katholik Mingguan, Herald.

"Jangan menuding jari kepada Umno atau sesiapa saja. Kami memang sentiasa bersikap amat bertanggungjawab. Jangan menuduh bahawa serangan ini didalangi oleh Umno. Apa yang baru anda nyatakan itu sangat menghina.

"Anda bermaksud begitu. Hentikanlah," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan