MCA Kutuk Serangan Gereja

Diterbitkan: Jumaat, 8 Januari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: MCA mengutuk sekeras-kerasnya perbuatan menyerang tiga buah gereja di Lembah Klang awal pagi tadi.

"Saya amat terkejut dan sedih dengan kejadian itu," kata Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat.

"Saya mengutuk tindakan ganas dan keterlaluan itu, semua agama mengajar tentang keamanan dan toleransi.

"Ini adalah tindakan bodoh kumpulan yang tidak bertanggungjawab yang cuba menyemai benih-benih kebencian," katanya yang dipetik melalui laman blognya di sini hari ini.

Beliau turut merayu supaya semua pihak bertenang bagi mengelakkan sebarang ketegangan sambil berharap isu penggunaan kalimah Allah dapat diselesaikan di mahkamah.

Awal hari ini, dua gereja satu di Desa Melawati, Kuala Lumpur dan satu lagi di Jalan Templer, Petaling Jaya mengalami kebakaran akibat perbuatan khianat manakala satu lagi juga di Petaling Jaya menerima ugutan.

"Kita tidak akan membenarkan sesiapa jua mewujudkan satu tanggapan negatif yang Malaysia membenarkan tindakan ganas berkenaan yang boleh menjejaskan pelaburan asing dan sektor pelancongan," katanya.

Ong berkata, beliau telah mengarahkan semua pemimpin-pemimpin MCA untuk melawat gereja-gereja berkenaan bagi memberikan sebarang bantuan.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan