Khidmat E-Tanah Akan Diperluas Seluruh Negara

Diterbitkan: Jumaat, 8 Januari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PULAU PINANG: Perkhidmatan e-tanah iaitu perkhidmatan dalam talian dengan Pejabat Tanah dan Galian akan diperluaskan ke seluruh negara tidak lama lagi.

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Douglas Uggah Embas berkata, perkhidmatan yang sebelum ini hanya diperkenalkan di Pulau Pinang sebagai projek perintis, didapati sangat berkesan dan mendapat sambutan rakyat.

"Selepas Pulau Pinang, setakat ini e-tanah diperkenalkan di Melaka dan Negeri Sembilan dan kemudiannya akan ke seluruh negara secara berperingkat," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Perkhidmatan e-tanah itu membolehkan orang ramai membuat pembayaran secara dalam talian dan mencetak resit pembayaran selain dari menyemak data tanah mereka dan sebagainya.

Beliau berkata, sejak perkhidmatan e-tanah dilaksanakan di negeri ini, sebanyak 150,098 pemilik tanah telah membuat pembayaran berjumlah RM427.2 juta.

"Ini menunjukkan keberkesanan sistem e-tanah dalam memudahkan orang ramai untuk berurusan dengan pejabat tanah," kata beliau.

Uggah juga meminta orang ramai agar tidak menunggu saat-saat akhir untuk membuat bayaran kerana ia akan menyebabkan kesesakan dan menyulitkan perkhidmatan.

"Orang ramai tidak perlu menunggu sehingga bulan November dan Disember untuk membuat pembayaran kerana bayaran boleh dibuat bermula awal tahun," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan