Anggota CC Berhak Tentu Tarikh Letak Jawatan, Kata Dr Chua

Diterbitkan: Jumaat, 8 Januari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berkata ahli Jawatankuasa Pusat (CC) MCA berhak memilih tarikh untuk melepaskan jawatan bagi membolehkan pemilihan baru parti diadakan.

Bagaimanapun, beliau menafikan dakwaan Naib Presiden Datuk Seri Liow Tiong Lai semalam bahawa beliau enggan melepaskan jawatannya dalam jawatankuasa CC tersebut.

Dr Chua berkata saranan Liow itu bukan satu arahan yang perlu diikuti dan anggota CC berhak memilih tarikh untuk melepaskan jawatan.

"Saya tidak bagi alasan apapun, tak bermakna apa yang Datuk Liow kata kena ikut, masing-masing ada hak nak buat keputusan," katanya kepada pemberita selepas mempengerusi mesyuarat pertama Jawatakuasa Pengurusan Hal Ehwal Parti di Ibu Pejabat MCA di sini semalam.

Mesyuarat itu dihadiri oleh empat naib presiden iaitu Datuk Seri Kong Cho Ha, Liow, Tan Kok Hong dan Datuk Seri Dr Ng Yen Yen.

Tiga hari lepas, Dr Chua, yang pengerusi jawatankuasa khas bagi pemilihan baru parti itu, tidak menolak kemungkinan pemilihan berkenaan diadakan bulan depan atau Mac ini.

Beliau berkata mesyuarat semalam membincangkan kerjasama MCA dengan Kementerian Pelajaran untuk memindahkan 13 sekolah dan menubuhkan tujuh sekolah rendah aliran Cina.

Sementara itu, Liow, yang mengadakan sidang akhbar di tempat sama, berkata tindakan lanjutan akan diambil bagi mendesak pemilihan baru tetapi enggan mendedahkan rancangan tersebut.

Katanya beliau kecewa dengan Dr Chua kerana tidak meletakan jawatan dalam CC seperti dijanjikan.

"Saya kecewa dengan Dr Chua dan situasi keseluruhan krisis MCA. Parti akan menderita jika kita masih diselubungi dengan situasi seperti ini," katanya.

Liow menegaskan pemilihan baru penting bagi menyelesaikan krisis dalaman parti itu dan pasukan petugas bagi memulihkan integriti parti yang dibentuk oleh penyokongnya akan mengambil tindakan lanjut.

Sebelum ini, Liow bersama 12 ahli CC telah mengemukakan surat peletakan jawatan tetapi usaha untuk mengadakan pemilihan gagal kerana kekurangan kuota lapan lagi ahli CC melepaskan kedudukan.

Dalam pada itu, Kong, berkata pucuk pimpinan MCA perlu bijak membuat keputusan berkenaan tarikh sesuai untuk mengadakan proses pemilihan baru serta tidak bertekateki mengenai perkara itu.

Katanya keputusan yang dibuat harus berpandukan perlembagaan parti dengan mengambil kira suara majoriti.

"Terpulanglah kepada mereka untuk mencari tarikh yang bersesuaian sama ada perlu disegerakan pada Mac ini atau dilewatkan ke Oktober," kata Kong, yang juga Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

"Saya menyokong apa sahaja keputusan selagi ia mengikut perlembagaan parti," katanya kepada pemberita selepas taklimat serta melawat tapak projek Kondominium Sentul Utama di sini. -BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan