AADK Kini Awasi 58,670 OKP

Diterbitkan: Jumaat, 8 Januari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) hari ini mengambil alih tanggungjawab menyelia dan memantau 22,747 lagi Orang Kena Pengawasan (OKP) dari pihak polis, menjadikan jumlah yang diawasi mereka kini menjangkau 58,670.

Majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) mengenai perkara itu yang berlangsung di sini hari ini menyaksikan 14 buku yang mengandungi senarai OKP yang masih aktif melapor diri kepada polis itu diserahkan kepada AADK.

Ketua Penolong Pengarah AADK Dr Sabri Zainudin Zainul berkata semua OKP itu merupakan kes-kes pengawasan yang membabitkan kesalahan mengikut seksyen 15 (1)(a) dan seksyen 38b Akta Dadah Berbahaya 1952.

Bercakap kepada pemberita di sini hari ini beliau berkata menerusi pengambilalihan itu, selepas OKP berkenaan melapor diri di balai polis tertentu atas arahan mahkamah, mereka akan diselia dan dipantau oleh pegawai AADK di daerah berhampiran.

Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Datuk Seri Mahmood Adam turut hadir menyaksikan majlis menandatangani MOU pagi ini. BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan