102 Ahli PAS Sertai Umno Di Kelantan

Diterbitkan: Jumaat, 8 Januari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PASIR MAS: Tindakan 102 ahli PAS kawasan Kampung Binjal, Pohon Tar, di sini, menyertai UMNO disifatkan sebagai petanda baik kepada Barisan Nasional (BN) untuk kembali memerintah Kelantan pada pilihan raya umum akan datang.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri, Datuk Mustapa Mohamed berkata penyertaan ahli PAS itu turut menggambarkan rakyat negeri itu sudah bosan dengan pemerintahan PAS yang semakin bercelaru dengan pelbagai isu.

"Penyertaan ini akan dijadikan dorongan untuk melakukan gerakan secara menyeluruh bagi membolehkan UMNO kembali memerintah negeri itu," katanya kepada pemberita pada majlis bersama Tok Pa di sini hari ini.

Pada majlis itu, Mustapa, yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, menerima 102 borang keahlian UMNO yang diserahkan oleh bekas setiausaha PAS cawangan kampung berkenaan, Tuan Roni Raja Sulaiman.

Sementara itu, Tuan Roni berkata kumpulan itu bertindak menyertai UMNO kerana mendakwa PAS gagal menunaikan janji dan menyisihkan kepentingan rakyat. BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan