Suspek Bunuh Empat Beranak Ditahan Reman Hingga 13 Jan - Berita Semasa | mStar

Suspek Bunuh Empat Beranak Ditahan Reman Hingga 13 Jan

Diterbitkan: Khamis, 7 Januari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GEMAS: Polis hari ini mendapatkan perintah tahanan reman selama seminggu ke atas seorang suspek berusia 34 tahun bagi membantu siasatan kes bunuh empat beranak di Kampung Batang Rokan, Gemencheh, Tampin, Selasa lepas.

Perintah tahanan reman tersebut dibuat di Mahkamah Majistret Gemas di hadapan Majistret Siti Norsafida Hashim.

Majistret Siti Norsafida membenarkan tahanan ke atas Rashidi sehingga 13 Januari.

Rashidi, 34, direman mengikut Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah bagi membolehkan siasatan dijalankan menurut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Permohonan untuk mendapatkan perintah tahanan reman itu dibuat oleh Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Daerah Tampin ASP Khairil Anuar Saidin.

Sejurus selepas itu, sepasukan polis kemudian membawa suspek terbabit ke tempat kejadian untuk mencari bahan bukti (sebilah pisau) yang dipercayai digunakan dalam kejadian tersebut.

Suspek itu ditahan di stesen LRT Masjid Jamek, Kuala Lumpur kira-kira 4 petang semalam.

Dia yang juga anggota keluarga mangsa ditahan ketika cuba menyerang seorang anggota polis bantuan yang menghampirinya di stesen itu.

Dalam kejadian kira-kira 3.30 petang itu, mangsa, Atan Daud, 90, yang merupakan bekas imam masjid kampung berkenaan, isterinya Sutiah Katas, 80, menantu pasangan itu, Ismail Awang, 76, dan cucu mereka Siti Khadijah Ismail, 22, dibunuh dengan kejam.

Mayat mereka ditemui berlumuran darah di dua buah rumah yang terletak bersebelahan. - BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Isnin, 11 Jun 2018 8:00 AM

Ramadan anak Chow Kit

Kolumnis

iklan

Iklan