Sarawak Rancang Laksana Pendidikan Seks Di Pedalaman

Diterbitkan: Khamis, 7 Januari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUCHING: Kerajaan Sarawak akan mengadakan program pendidikan seks bagi golongan wanita dan gadis di kawasan pedalaman untuk melindungi mereka daripada pemangsa seksual.

Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Sumber Manusia dan Latihan), Datin Fatimah Abdullah, yang turut bertanggungjawab bagi pembangunan wanita berkata, program itu akan memastikan golongan sasar memahami isuisu berkaitan seks termasuk penyakit seperti AIDS dan HIV.

"Program pendidikan seks ini akan melibatkan kumpulan sasar yang dikenal pasti termasuk wanita dan gadis masyarakat Penan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Bagi tujuan itu katanya, kerajaan negeri akan bekerjasama dengan sebuah pertubuhan bukan kerajaan, Persatuan Wanita Untuk Wanita Sarawak (SWWS,) yang mempunyai banyak pengalaman mengendalikan program sedemikian.

Dalam isu berkaitan, Fatimah berkata mulai awal tahun ini kerajaan Sarawak akan menumpukan perhatian kepada usaha pengukuhan institusi kekeluargaan bagi menangani gejala sosial di negeri itu. Dengan slogan 'Sayang Sayang DKMN' yang bermaksud 'Saya Sayang Diri, Keluarga, Masyarakat, Negara' program itu katanya, menumpukan kepada aspek komunikasi di kalangan anggota keluarga dan pengurusan kewangan. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan