Rakyat Malaysia Berpeluang Saksi Gerhana Matahari Separa

Diterbitkan: Khamis, 7 Januari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia sekali lagi berpeluang menyaksikan gerhana matahari separa atau dikenali sebagai "gerhana matahari anulus" pada 15 Januari ini antara jam 3 petang hingga 5.45 petang berikutan "sentuhan pertama" bulan ke cakera matahari.

Agensi Angkasa Negara (Angkasa) berkata, orang ramai dapat menyaksikan matahari terlindung oleh bulan sehingga mencapai kegelapan maksimum kira-kira 40 peratus di bahagian utara Semenanjung pada waktu petang.

"Langkawi merupakan lokasi strategik dengan litupan maksimum di Malaysia iaitu sebanyak 40 peratus dan bahagian pantainya yang menghala ke arah barat begitu sesuai dengan sentuhan terakhir iaitu sewaktu matahari terbenam," kata agensi itu dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut kenyataan itu, peratus matahari dilindungi oleh bulan semakin mengurang ke bahagian tengah Semenanjung, Sabah dan Sarawak.

"Gerhana matahari anulus akan kelihatan dengan lintasan selebar 300 kilometer merentasi Afrika Tengah, Lautan Hindi dan Asia Timur, apabila bulan merentas di hadapan matahari, namun tidak menutupi mataharinya kerana saiz bulan yang lebih kecil, dan matahari akan kelihatan seperti cincin yang terang atau anulus di sekeliling luar cakera bulan," katanya.

Angkasa berkata, gerhana itu pernah berlaku pada 26 Januari 2009 dan sempena gerhana kali ini, agensi itu akan menganjurkan program pencerapan gerhana matahari mulai jam 2.30 petang hingga 6 petang di Planetarium Negara Kuala Lumpur bagi tujuan mendedahkan dan menanamkan minat masyarakat terhadap astronomi.

Antara aktiviti yang akan diadakan ialah tayangan 'Dawn of the Space Age' dan 'SOS Planet' di Teater Angkasa, takilmat gerhana matahari dan kuiz di perkarangan planetarium serta melawat galeri pameran.

Pada program pencerapan gerhana itu, kaca mata gerhana eksklusif serta 'Eclipse Mints' akan diberi kepada pengunjung paling awal, dan Angkasa juga akan menyediakan teleskop untuk mereka melihat gerhana itu.

Orang ramai yang tidak berkesempatan ke Planetarium Negara boleh melayari www.angkasa.com.my untuk menyaksikan siaran langsung Gerhana Matahari Separa mulai pukul 3 petang hingga 5.40 petang pada hari berkenaan.

Sementara itu, Pusat Sains Negara dalam kenyataan di sini hari ini berkata, pusat itu akan ditutup kepada orang ramai dari 18 Januari hingga 31 Mac untuk kerja pengubahsuaian. Ia akan dibuka semula pada 1 April. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan