PPZ Kutip Hampir RM242 Juta Tahun Lalu

Diterbitkan: Khamis, 7 Januari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kemerosotan ekonomi tidak menghalang umat Islam di negara ini menunaikan ibadah zakat apabila jumlah kutipan zakat harta (keseluruhan) oleh Pusat Pungutan Zakat (PPZ) tahun lepas mencecah RM242 juta.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mejar Jeneral (B) Datuk Jamil Khir Johari Baharom berkata, kutipan itu adalah lima peratus lebih tinggi daripada sasaran RM230 juta.

"PPZ berjaya berjaya mengutip zakat harta sebanyak RM241,966.660.22 sepanjang tahun lepas. Kita merasakan bahawa jumlah kutipan itu sangat menakjubkan kerana walaupun kita menghadapi kesan ekonomi global, kita mampu mengutip (zakat melebihi apa yang disasarkan)," katanya pada satu sidang media di sini hari ini.

Jamil Khir yang juga Pengerusi Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan berkata, Zakat Pendapatan mencatat jumlah kutipan tertinggi iaitu sebanyak RM167,483,687.12 atau 69 peratus daripada jumlah keseluruhan, diikuti Zakat Perniagaan (RM29,114,257.40), Zakat Lain-Lain (RM25,689,049.19) dan Zakat Wang Simpanan berjumlah RM18,373.003.78.

"Peningkatan kutipan itu (zakat) tahun lepas jelas menampakkan kesedaran dan tanggungjawab pembayar terutamanya di kalangan mereka yang berpendapatan bulanan. Mereka ini adalah golongan pembayar yang amat konsisten kerana mendapat pendapatan bulanan," katanya.

Beliau berkata, jumlah pembayar zakat meningkat daripada 67,872 orang pada tahun 2008 kepada 78,820 orang. PPZ mensasarkan kutipan RM250 juta pada tahun ini. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan