Peniaga Melecur Kereta Terbakar Di Stesen Minyak

Diterbitkan: Khamis, 7 Januari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GUA MUSANG: Seorang peniaga melecur kedua-dua kaki manakala anak lelakinya berusia tiga tahun terselamat apabila kereta mereka terbakar semasa sedang mengisi petrol di sebuah stesen minyak di Kampung Star Baru, di Jalan Gua MusangJeli, dekat sini pukul 6.40 petang ini. Mohd Azhar Mohd Nor, 38, dari Kampung Seberang Lembaga dekat sini, dikejarkan ke Hospital Gua Musang oleh orang ramai yang kebetulan berada di tempat kejadian dan dibenarkan pulang ke rumah sebaik menerima rawatan kecemasan.

Semasa ditemui di rumahnya, beliau berkata kejadian itu bermula dengan letupan di bahagian pam minyak sebelum api yang membakar pam terbabit merebak ke keretanya hingga kenderaan itu hangus sama sekali.

Bagaimanapun, beliau yang berada tidak jauh daripada seorang pekerja stesen minyak yang mengisi petrol ke keretanya tidak menyedari seluarnya turut disambar api.

"Dalam keadaan kelam-kabut itu, saya mengelilingi kereta untuk mencari anak lelaki saya, Mohd Afiq, kerana bimbang dia terperangkap dalam kereta yang turut disambar api itu," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Mohd Azhar berkata sebaik menemui Mohd Afiq yang berada jauh dari tempat kejadian itu barulah beliau menyedari kakinya terasa panas dan pedih.

Sejurus selepas itu, katanya beliau terpaksa memadam sendiri api yang membakar seluarnya hingga hampir merebak ke bahagian atas badan secara mengibas dengan tangan.

"Saya memang sempat mengambil pelbagai barang penting yang disimpan dalam kereta itu sebelum terbakar semuanya dan saya tetap bersyukur kerana saya bersama anak lelaki saya selamat," katanya.

Pegawai Penjaga Balai Bomba dan Penyelamat Gua Musang Che RusliChe Sulaimanketika dihubungi berkata 11 anggota bomba diketuai beliau sendiri berkejar ke tempat kejadian sebaik menerima panggilan pukul 6.41 petang.

Beliau berkata tindakan cepat bomba ke tempat kejadian berjaya mengawal api daripada merebak dan menyelamatkan stesen minyak daripada musnah.

Punca kebakaran dan taksiran kerugian masih disiasat. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan