Pelan Pembangunan Infrastruktur Sekolah Dikaji Semula _ Muhyiddin

Diterbitkan: Khamis, 7 Januari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MUAR: Pelan pembangunan infrastruktur sekolah-sekolah akan dikaji semula dalam usaha Kementerian Pelajaran untuk memastikan sistem pendidikan di negara ini lebih holistik sebagaimana yang dilaksanakan di negaranegara maju.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Menteri Pelajaran berkata pelan pembangunan infrastruktur sekolah itu perlu seimbang di antara keperluan akademik dan sosial yang dikehendaki oleh para pelajar dan guru.

"Pembangunan infrastruktur sosial seperti padang dan dewan adalah amat penting untuk pembangunan sahsiah pelajarpelajar dan selaras dengan usaha kita untuk menjadikan pendidikan di negara ini lebih holistik.

"Sistem pendidikan negara tidak boleh terpencil atau terhimpit," kata Muhyiddin yang juga Anggota Parlimen Pagoh kepada pemberita selepas mengumumkan projek dewan sekolah dan meraikan pelajar cemerlang Ujian Penilaian Sekolah Rendah kawasan Parlimen Pagoh di Kundang Ulu, Pagoh di sini.

Timbalan Perdana Menteri berkata terdapat juga contoh di mana bilik untuk guru-guru yang terlalu kecil bagi sekolah yang besar sehingga menimbulkan ketidak selesaan kepada mereka.

Bagaimanapun, Muhyiddin berkata kajian semula itu tidak bermakna penambahan peruntukan untuk pembangunan sosial di sekolah-sekolah tetapi berkemungkinan akan membabitkan perkara seperti kajian semula rekabentuk sekolah dan perkara lain.

"Mungkin menerusi kajian semula rekabentuk sekolah itu akan dapat menjimatkan kos di antara 20 hingga 30 peratus dan hasil daripada penjimatan itu boleh disalurkan untuk pembangunan infrastruktur pelajar dan guruguru," katanya.

Terdahulu dalam ucapannya, Muhyiddin mengumumkan pembinaan empat buah dewan tertutup dan 11 dewan terbuka bagi sekolah-sekolah terpilih di kawasan Parlimen Pagoh yang menelan belanja RM25 juta yang bertujuan mempertingkatkan bidang pengajaran dan pembelajaran di sekolah-sekolah terbabit serta untuk kegunaan aktiviti sekolah.

Selain itu, beliau turut meraikan 120 pelajar cemerlang UPSR kawasan Parlimen Pagoh yang terdiri daripada pelajar daripada sekolah kebangsaan, sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil.

Turut hadir Ketua Setiausaha kementerian Tan Sri Alimuddin Mohd Dom, Pengarah Pelajaran Johor Sufaat Tumin dan Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Bukit Serampang Tahir Mohd Taat. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan