Nilai Sebuah Enjin F5-E Ialah RM303,570: Zahid

Diterbitkan: Khamis, 7 Januari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini menjelaskan nilai sebenar sebuah enjin pesawat F5E milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) termasuk 'afterburner' ialah RM303,570.

Beliau berkata, nilai itu adalah berdasarkan kontrak pembelian pada tahun 1972 dengan mengambil kira nilai tukaran matawang negara pada masa itu.

Bagi pesawat yang mempunyai dua enjin pula katanya, nilai sebenar adalah antara RM3.895 juta hingga RM28.047 juta bergantung kepada kecanggihan peralatan pada ketika itu.

"Saya ingin menegaskan bahawa kontrak pembelian kes 'Foreign Military Sales' dalam siri MFDSAV telah dibuat pada tahun 1972. Harga sebuah enjin ketika itu termasuk 'afterburner' bernilai USD$121,428 dan kadar pertukaran mata wang Malaysia pada ketika itu ialah RM303,570," katanya.

Ahmad Zahid berkata demikian sebagai membetulkan laporan akhbar hari ini yang antara lain menyebut enjin tersebut bernilai antara RM8.5 juta hingga RM28 juta.

Isu harga enjin itu timbul selepas ada laporan media sebelum ini yang menyebut nilai dua enjin pesawat F5E milik TUDM yang dicuri itu adalah RM50 juta.

Beliau berkata, nilai RM50 juta itu mungkin anggaran pihak lain berasaskan harga enjin baru pada masa ini, memandangkan kementeriannya dan pihak yang membuat siasatan tidak pernah mengeluarkan kenyataan tersebut.

"Namun, tempoh yang lama diambil (untuk menjelaskan nilai enjin sebenar) sehingga tindakan mahkamah dilakukan adalah kerana lazimnya mengikut prosedur Angkatan Tentera Malaysia (ATM) siasatan dalaman perlu dilakukan terlebih dahulu.

"Oleh kerana kes ini melibatkan barangan teknikal, maka suatu tempoh yang panjang diambil bagi memperoleh semua maklumat dan dokumen yang berkaitan," katanya.

Semalam, dua orang iaitu seorang anggota TUDM berpangkat sarjan dan seorang pengarah syarikat pembekalan dihadapkan di mahkamah atas dakwaan terlibat dalam mencuri dan menjual enjin pesawat itu. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan