Melaka Sedia Beli Buaian 'Eye On Malaysia'

Diterbitkan: Khamis, 7 Januari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MELAKA: Kerajaan Melaka bersedia untuk membeli buaian pusing 'Eye On Malaysia' yang telah diarah menghentikan operasinya mulai hari ini, berikutan arahan sita daripada mahkamah. Tindakan menyita kawasan Eye On Malaysia, yang terletak di muara Sungai Melaka di Taman Kota Laksamana di sini, dilakukan berikutan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 26 November lepas yang membenarkan permohonan pemilik asal buaian itu dari Belgium, Fitraco NV untuk mengambil balik daripada Eye On Malaysia Sdn Bhd (Eom), pemilik buaian itu di sini.

Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata beliau berharap syarikat dari Belgium itu segera mendapatkan perintah mahkamah bagi melelong Eye On Malaysia supaya kerajaan Melaka dapat membelinya.

"Jika dilelong, kerajaan negeri bersedia membayar hutang sebanyak RM17 juta itu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Sistem Pengawasan Bersepadu Melaka (MISSY) di Dewan Taming Sari MBMB di sini hari ini.

Fitraco NV memfailkan saman terhadap Eom dan MST Ad Suria Sdn Bhd (MST Ad Suria) pada 15 September tahun lepas, selepas syarikat terbabit gagal melunaskan hutang pinjamannya sebanyak RM17 juta bagi menyewa dan membawa buaian berkenaan ke Malaysia pada 2006.

Sebelum dipindahkan ke Melaka, Eye On Malaysia, buaian pusing terbesar di Asia Tenggara, beroperasi di Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur sejak 1 Januari 2007.

Mohd Ali berkata sekiranya berjaya dibeli oleh kerajaan Melaka, Eye On Malaysia itu akan diuruskan sepenuhnya oleh anak syarikat kerajaan negeri.

Beliau berkata sejak Eye On Malaysia beroperasi di negeri ini pada Oktober 2008, ia telah menyumbang pendapatan sebanyak RM5 juta.

Anak syarikat kerajaan negeri, Kumpulan Melaka Berhad (KMB) dan MST Ad Suria Sdn Bhd yang mengendalikan Eye On Malaysia secara usahasama berkongsi dalam pelaburan membawa projek buaian itu ke Melaka. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan