AirAsia Tambah Penerbangan Sempena Tahun Baru Cina

Diterbitkan: Khamis, 7 Januari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Syarikat penerbangan tambang rendah, AirAsia Bhd, akan menyediakan penerbangan tambahan ke pelbagai destinasi bagi memenuhi pemintaan orang ramai untuk perjalanan tambahan sempena cuti Tahun Baru Cina yang akan datang.

Dalam satu kenyataan di sini hari ini, syarikat itu berkata penerbangan tambahan itu akan bermula dari 9 hingga 21 Februari, bagi laluan popular termasuk Kuala Lumpur-Pulau Pinang, Kuala Lumpur-Singapura, Kuala Lumpur-Sibu, Kuala Lumpur-Kuching, Kuching-Sibu, Singapura-Kuching, Kuala Lumpur-Johor Bahru dan Johor Bahru-Sibu.

Ketua Komersil Serantau, Kathleen Tan berkata Tahun Baru Cina tahun ini, tahun Harimau, jatuh pada Hari Valentine, dan pasangan kekasih mempunyai sebab untuk menaiki kapal terbang ke destinasi romantik pilihan mereka dengan tambang harga rendah.

Penerbangan tambahan ini dijangka penuh, katanya.

Bagi menambah nilai, AirAsia menerusi GoHoliday di http://goholiday.airasia.com, juga menawarkan lebih 50,000 hotel dengan tawaran hebat secara dalam talian. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan