Tengku Faris Titah Tengku Fakhry Tiada Kuasa Bertindak Bagi Pihak Sultan & Istana

Diterbitkan: Rabu, 6 Januari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BHARU: Pemangku Sultan Kelantan, Tengku Muhammad Faris Petra Sultan Ismail Petra bertitah hari ini bahawa adiknya Tengku Temenggong Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry tidak mempunyai kuasa di bawah undang-undang tubuh negeri untuk bertindak bagi pihak Sultan yang kini masih lagi dirawat di Singapura.

Dalam kenyataan beliau yang dibacakan oleh Pengelola Istana Diraja Kelantan, Datuk Abdul Halim Hamad di Balai Rong Seri di sini hari ini, turut menegaskan bahawa Tengku Muhammad Fakhry juga tidak mempunyai kuasa untuk bercakap bagi pihak Sultan atau pemerintah Negeri Kelantan sebagaimana yang dijelaskan di dalam perlembagaan negeri.

Perlembagaan Negeri dengan jelas menyatakan hanya baginda Sultan dan Tengku Mahkota sahaja yang layak dan berhak melaksanakan segala kuasa yang diperuntukkan ke bawah Duli Yang Maha Mulia.

Oleh yang demikian, menurut kenyataan tersebut, sebarang surat atau warkah yang dikeluarkan oleh Tengku Temenggong Kelantan bertarikh 29 Disember yang diarahkan kepada setiausaha kerajaan negeri, setiausaha Majlis Perajaan Negeri Kelantan dan Menteri Besar adalah tidak sah kerana Tengku Temenggong tidak mempunyai kuasa atau hak untuk bertindak demikian bagi pihak Istana dan baginda Sultan.

Abdul Halim kemudiannya ketika menjawab soalan para pemberita berkata, adalah tidak molek untuk sesiapa sahaja membincangkan isu istana melalui media dan membuat kenyataan tanpa mengetahui peruntukkan-peruntukkan yang telah dijelaskan di dalam perlembagaan negeri.

“Fahami dahulu perlembagaan negeri dan dapatkanlah nasihat daripada mereka yang pakar sekiranya seseorang itu tidak jelas akan perlembagaan negeri demi untuk mengelakkan masalah pada masa depan,” katanya.

Malah Abdul Halim juga turut menggesa semua pihak berhenti daripada mendapatkan publisiti murahan dengan mengeluarkan kenyataan tanpa terlebih dahulu membaca atau berusaha memperolehi maklumat mengenai perlembagaan negeri apatah lagi terdapat kes yang masih lagi dalam perbicaraan di mahkamah.

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan