Sosilawati Tak Daftar Perkahwinan di Konsulat Malaysia Songkhla

Diterbitkan: Rabu, 6 Januari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Usahawan kosmetik terkenal, Datuk Sosilawati Lawiya tidak pernah mendaftarkan perkahwinan terbarunya di Pejabat Konsulat Malaysia di Songkhla, Thailand walaupun mendakwa bernikah di wilayah itu pada November lalu.

Sumber memberitahu, mengikut senarai pendaftaran perkahwinan yang ada, tidak ada nama pasangan terbabit yang dikatakan bernikah pada 25 November 2009 berdasarkan sijil yang dikeluarkan oleh pejabat agama Songkhla, Thailand yang ditunjukkan kepada media oleh Sosilawati kelmarin.

"Berdasarkan senarai yang ada, tiada nama Sosilawati atau suaminya," kata sumber itu lagi kepada mStar Online di sini semalam.

Kelmarin, Sosilawati bersama peguamnya, Datuk Mohd Zaidi Mohd Zain pada satu sidang akhbar bagi membuktikan pernikahan bekas isteri penyanyi Nash itu dengan menunjukkan sijil pernikahan yang dikatakan dikeluarkan oleh pejabat agama wilayah terbabit.

Ia berikutan insiden pada malam tahun baru lalu apabila usahawan wanita terbabit ditangkap berkhalwat dengan pasangannnya di kondominium Astana Damansara di sini.

Bagaimanapun, mereka menafikan dicekup kerana melakukan kesalahan itu sebaliknya mendakwa telah bernikah di luar negara.

Mohd Zaidi berkata pihaknya sedang dalam proses mendaftarkan perkahwinan anak guamnya dan suami kerana perundangan membenarkan perkahwinan didaftarkan dalam tempoh enam bulan.

Pasangan terbabit sepatutnya ke ibu pejabat Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) semalam tetapi Sosilawati memberitahu bahawa dia tidak menerima sebarang notis untuk berbuat demikian.

Beliau dan pasangannya dikehendaki ke JAIS bagi membantu siasatan pengesahan perkahwinan mereka.

Ekoran tangkapan itu, Mohd. Zaidi menuduh JAIS sebagai gelojoh membuat operasi sehinggakan tiada sebarang notis yang mengarahkan anak guamnya membantu siasatan dikeluarkan. Mengulas lanjut, sumber berkenaan memberitahu, mana-mana pasangan yang bernikah di Songkhla diwajibkan mendaftarkan perkahwinan mereka di Pejabat Konsulat bagi mengelakkan didenda apabila pulang ke Malaysia untuk merekodkan perkahwinan.

"Pasangan diberi tempoh setahun untuk berbuat demikian selepas bernikah secara sah di wilayah itu dan jika tidak didaftarkan mereka akan didenda oleh pihak berkuasa agama di Malaysia," jelasnya lagi.

Mana-mana pasangan yang tidak mendaftar dalam tempoh yang ditetapkan tidak semestinya mereka bernikah menggunakan sindiket atau berkahwin secara tidak sah.

"Ini kerana mereka ada tempoh yang panjang untuk mendaftar di Pejabat Konsulat, dan jika ada pasangan menggunakan sindiket atau bernikah secara tidak sah, pejabat konsulat akan dapat mengesannya," tambahnya.

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Kolumnis

iklan

Iklan