Pemilihan MPP UTM 28 Januari

Diterbitkan: Rabu, 6 Januari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) sesi 2009/2010 Universiti Teknologi Malaysia (UTM) bakal diadakan pada 28 Januari ini.

Naib Canselor UTM, Profesor Datuk Ir Zaini Ujang berkata, hari penamaan ditetapkan pada 25 Januari mulai pukul 9.00 hingga 1.00 petang.

Menurutnya, sebanyak 51 kerusi akan dipertandingkan dengan membabitkan 10 kawasan umum di Skudai, lima kawasan umum di Kampus Antarabangsa Kuala Lumpur dan 36 kawasan di 12 buah fakulti.

"Bagi pelajar yang ingin menjadi calon mereka hendaklah mendapat keputusan peperiksaan Nilai Purata Kumulatif (CPA) tidak kurang dari 3.00 dan mestilah mempunyai sekurang-kurangnya dua semester penuh pengajian di UTM," katanya dalam satu kenyataan media di sini hari ini.

Tambah Zaini, calon mestilah mahasiswa yang berdaftar iaitu mengikuti kursus pengajian di UTM untuk satu ijazah atau diploma termasuk diploma lepasan ijazah tetapi tidak termasuk pelajar luar negara.

Manakala, pelajar yang belum menduduki peperiksaan pertama di UTM bagi kursus pengajiannya atau yang telah gagal serta tidak mengambil peperiksaan yang diadakan oleh Universiti bagi kursus pengajian itu akan hilang kelayakan daripada dipilih dalam pemilihan.

Setiap fakulti diperuntukan tiga kerusi iaitu Fakulti Alam Bina, Fakulti Kejuruteraan Awam, Fakulti Kejuruteraan Sumber Asli, Fakulti Pengurusan & Pembangunan Sumber Manusia, Fakulti Sains, Fakulti Sains Komputer & Sistem Maklumat, Fakulti Kejuruteraan & Sains Geoinformasi, Fakulti Pendidikan, Fakulti Biosains dan Biokejuteraan dan Fakulti Kejuteran Biomedik dan Sains Kesihatan.

iklan

Video

Khamis, 22 Jun 2017 3:00 PM

EKSKLUSIF! Wany Hasrita Cinta Eric Fuzi?

Khamis, 22 Jun 2017 12:12 PM

Sharifah Amani Pantang Kena Tegur?

Khamis, 22 Jun 2017 9:00 AM

Sayu... Air Mata Kerinduan Ir Radzi

Rabu, 21 Jun 2017 3:00 PM

Zul Ariffin Nak Balas Dendam?

Rabu, 21 Jun 2017 12:05 PM

Wow! Fauziah Latiff Masih 'Hot'

Rabu, 21 Jun 2017 9:30 AM

Bella Nazari Pernah Buat 'Kerja Gila'

Selasa, 20 Jun 2017 3:00 PM

Fathia Latiff Mangsa Komen Lucah

Selasa, 20 Jun 2017 12:00 PM

Kesiannya... Tajul Kesepian

Selasa, 20 Jun 2017 9:25 AM

Abam 'Recycle' Baju Raya

Kolumnis

iklan

Iklan