Klinik 1Malaysia Dapat Sokongan Pemimpin Masyarakat

Diterbitkan: Rabu, 6 Januari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Penubuhan klinik komuniti 1Malaysia pada umumnya mendapat reaksi positif daripada pemimpin masyarakat yang berpendapat ia akan dapat membantu golongan berpendapatan rendah di kawasan bandar.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bakal melancarkan klinik komuniti 1Malaysia Kampung Kerinchi di sini esok serentak dengan 49 lagi klinik lain di seluruh negara seperti yang dijanjikan dalam Bajet 2010 bagi memperluaskan perkhidmatan kesihatan awam.

Ketua pegawai eksekutif Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) Mohd Yusof Abdul Rahman berkata klinik 1Malaysia perlu disambut dengan baik oleh semua rakyat di negara ini.

Beliau berkata ia memberi kesan yang positif kepada mereka yang berpendapatan rendah dan miskin.

"Ia juga akan memberi infrastruktur yang diperlukan kepada mereka yang kurang upaya untuk menjalani rawatan yang sewajarnya di klinik yang berdekatan," katanya ketika dihubungi Bernama di sini.

Pengarah eksekutif pertubuhan amal, Yayasan Kebudayaan Xiao En, Prof Ong Seng Huat turut menyokong penubuhan klinik 1Malaysia yang sememangnya membantu golongan berpendapatan rendah untuk mendapatkan pemeriksaan awal.

"Klinik ini memang membawa kebajikan orang ramai terutamanya yang kurang mampu dan ia memang membantu mereka dapatkan rawatan secepatnya," kata beliau.

Katanya klinik 1Malaysia ini sejajar dengan slogan '1Malaysia' di mana ia dapat membantu rakyat berbilang kaum untuk menerima rawatan berbanding dengan klinikklinik swasta yang kadangkadang dilanggani oleh satu atau dua kaum sahaja.

Jelasnya, penubuhan klinik ini secara tidak langsung membantu golongan yang pencen dan tiada insuran kesihatan dan sekaligus meringankan beban mereka.

Turut meyokong ialah Pesuruhjaya Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) Datuk Dr Chiam Heng Keng yang berkata klinik 1Malaysia akan memberi manfaat terutamanya golongan perpendapatan rendah.

"Lebih baik kita ada klinik ini daripada tidak ada. Sekurangkurangnya mereka menyediakan sesuatu seperti perkhidmatan dan kemudahan kesihatan ini di kawasan bandar," kata beliau.

Mengenai klinik itu yang dikendalikan oleh seorang jururawat dan pembantu perubatan, katanya klinik ini akan mengendalikan kes kecil sahaja sementara kes kritikal yang memerlukan perhatian doktor, pesakit boleh segera ke klinik berhampiran.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata klinik 1Malaysia dibenarkan untuk memberi ubat bagi sakit ringan sahaja seperti demam, batuk atau pun luka ringan dan kes kronik akan dirujuk ke klinik yang lebih besar atau hospital.

Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) pula melahirkan kebimbangan bahawa klinik 1Malaysia akan menjejaskan taraf perkhidmatan kesihatan di negara dan ia dilaporkan akan berdialog dengan kementerian berkenaan pada Jumaat ini. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 22 Jun 2017 3:00 PM

EKSKLUSIF! Wany Hasrita Cinta Eric Fuzi?

Khamis, 22 Jun 2017 12:12 PM

Sharifah Amani Pantang Kena Tegur?

Khamis, 22 Jun 2017 9:00 AM

Sayu... Air Mata Kerinduan Ir Radzi

Rabu, 21 Jun 2017 3:00 PM

Zul Ariffin Nak Balas Dendam?

Rabu, 21 Jun 2017 12:05 PM

Wow! Fauziah Latiff Masih 'Hot'

Rabu, 21 Jun 2017 9:30 AM

Bella Nazari Pernah Buat 'Kerja Gila'

Selasa, 20 Jun 2017 3:00 PM

Fathia Latiff Mangsa Komen Lucah

Selasa, 20 Jun 2017 12:00 PM

Kesiannya... Tajul Kesepian

Selasa, 20 Jun 2017 9:25 AM

Abam 'Recycle' Baju Raya

Kolumnis

iklan

Iklan