KDN Perluas Kaedah Pantau Warga Asing

Diterbitkan: Rabu, 6 Januari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Kementerian Dalam Negeri akan memperluaskan Indeks Prestasi Utama (KPI) bagi memantau semua warga asing sama ada kehadiran mereka ke negara ini mengancam keselamatan negara atau sebaliknya.

Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, tindakan itu tidak hanya melibatkan pendatang asing tanpa izin sebaliknya mereka yang bekerja di negara ini, ekspatriat dan pelajar.

Beliau berkata, kerajaan akan mengenal pasti lokasi, status semasa memasuki Malaysia bagi memastikan mereka berada di sini secara sah atau tidak selain meneliti bagaimana untuk menghantar mereka pulang.

"Saya bimbang jika ini tidak dilakukan ia akan mengancam keselamatan negara. Kita perlu meneliti aspek keselamatan supaya Malaysia tidak menjadi saluran kepada unsur asing untuk mengancam keselamatan atau apa-apa peluang yang memungkinkan perkara itu berlaku.

"Lebih dari itu kita mempunyai masalah dalam kegiatan penyeludupan manusia yang mesti diselesaikan," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat pascaKabinet di sini hari ini.

Dalam pada itu, Hishammuddin menegaskan, walaupun warga asing yang ada ketika ini tidak menjadi ancaman kepada negara, kementerian merasakan penting untuk memantau mereka dalam perspektif yang lebih luas.

"Saya tidak fikir itu satu masalah tetapi sebenarnya saya sedang menelitinya secara serius . Apa yang kita mahu lakukan ialah langkah-langkah pencegahan sebelum terjadinya masalah lebih besar.

" Kita lakukan ini kerana sesekali kamu akan mendengar kes dan isu melibatkan pendatang asing yang bekerja secara haram, pelajar dan ekspatriat," katanya.

Beliau berkata akan memberi taklimat pada Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Kabinet mengenai pekerja asing dan pendatang tanpa izin pada 18 Januari ini termasuk kementerian-kementerian yang terlibah dengan urusan pekerja asing.

Tindakan seterusnya beliau memberitahu, jawatankuasa itu akan membuat keputusan mengenainya mengikut isu-isu.

"Salah satu hasil mesyuarat yang kita jangkakan ialah pendekatan lebih tegas dalam membenarkan warga asing bekerja atau belajar tetapi dalam masa yang sama kita mesti ingat bahawa sempadan kita mudah ditembusi dan faktor ekonomi yang perlu diambil kira.

"Saya mengambil berat mengenai keselamatan dan pada akhirnya kita perlu menyeimbangkan antara risiko keselamatan dan keperluan ekonomi," kata beliau.

Ujar beliau empat jawatankuasa telah ditubuhkan untuk melihat prosedur-prosedur berkaitan visa, pas dan permit selain memantau serta menyediakan pangkalan data, penguatkuasaan dan undang-undang berkaitan warga asing.

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan