Kalimah Allah: Khalid Minta Rujuk Kepada Pakar

Diterbitkan: Rabu, 6 Januari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Semua pihak perlu bertenang dan jangan bertindak mengikut emosi dalam menangani polemik isu kalimah Allah.

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad dalam nada berbeza berbanding sebelum ini yang menyokong kuat kebebasan penggunaan kalimah itu berkata, perbezaan pendapat itu wajar dibahas oleh golongan ulama dan tokoh agama berdasarkan nas daripada al-Quran dan Sunnah.

“Saya yakin isu ini dapat diselesaikan dengan merujuk kepada al-Quran dan as-Sunnah, oleh itu golongan yang lebih arif dalam hal agama perlu memainkan peranan mereka dalam mentafsir isu kalimah Allah ini,” katanya kepada mStar Online di sini hari ini.

Beliau berkata demikian, sebagai mengulas kenyataan Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr. Haron Din yang menegaskan, pihak yang menyokong perkara seumpama itu boleh menyebabkan berlakunya kekufuran dan syirik.

Mengulas lanjut, Khalid berkata, semua pihak tidak perlu mengikut emosi sebaliknya umat Islam perlu bersatu dalam menegakkan risalah Islam itu sendiri.

“Yang sepatutnya dirisaukan adalah konsep tauhid kepada Allah, itu lebih penting.

“Perbezaan pendapat bukan menyebabkan perpecahan, kerana ia tidak akan timbul jika semua pihak bersatu dalam isu ini. Insya-Allah masalah ini akan dapat diselesaikan,” ujarnya.

Dalam perkembangan berkaitan berhubung desakan Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baru, Zulkifli Noordin meminta supaya Khalid keluar dari PAS dan menyertai parti lain termasuk DAP kerana menyokong keputusan tersebut, beliau berkata: “Orang yang mengkritik untuk membetulkan saya terima dengan baik.”

“Kalau kita tak berani terima teguran dan kritikan, jangan jadi ahli politik. Kita ini macam pemain bola sepak, kalau dalam padang kita kena berusaha bersungguh-sungguh, tapi kalau kita nak jadi penyokong yang hanya tahu menjerit-jerit di luar padang tak usah jadi ahli politik,” ujarnya.

Beliau yang juga Yang Dipertua PAS Shah Alam berkata, pihak yang cuba mempolitikkan isu kalimah Allah perlu segera menghentikan tindakan tersebut segera kerana ia akan hanya merugikan umat Islam.

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan