Gagal Patuh Peraturan: LPKP Cadang Kompaun Sehingga RM40,000

Diterbitkan: Rabu, 6 Januari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) akan mengenakan kompaun yang lebih tinggi sehingga RM40,000 berbanding RM300 sekarang apabila Akta LPKP 1987 (Akta 334) dipinda.

Pengerusi LPKP, Datuk Halimah Mohd Sadique menegaskan, ini kerana kadar kompaun maksimum sekarang itu dan tidak sepadan dengan kesalahan yang melibatkan kemalangan maut.

"Misalnya untuk kemalangan maut seperti di Kilometer 280.3 Lebuh Raya Utara-Selatan pada 26 Disember 2009 sehingga mengorbankan 10 orang penumpang, kadar kompaunnya perlu antara RM30,000 hingga RM40,000

"Kita akan bawa cadangan pindaan itu ke Parlimen pada sidang akan datang," katanya kepada mStar Online di sini semalam.

Keputusan itu dibuat selepas Halimah mempengerusikan jawatankuasa inkuiri mengenai kemalangan maut tersebut di ibu pejabat LPKP, Putrajaya semalam.

Jawatankuasa inkuiri itu dianggotai bahagian audit LPKP dan agensi-agensi seperti polis, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros), Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR), Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (DOSH) dan Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom).

Dalam pada itu, Halimah memberitahu, lembaga itu mewajibkan setiap pengusaha bas ekspres mematuhi Kod Amalan Keselamatan, Kesihatan dan Alam Sekitar 2007 (Code of Practice on Safety, Health and the Environment 2007) sebagai syarat pelesenan berkuatkuasa serta-merta.

Katanya, sebelum ini pengusaha-pengusaha bas ekspres mengamalkan kod itu secara sukarela.

Bagaimanapun katanya, mereka kini wajib mematuhinya bagi mendapatkan lesen dan permit yang dikeluarkan LPKP.

"Kod itu merangkumi empat aspek iaitu pengurusan pemandu, pengurusan kenderaan, pengurusan perjalanan dan risiko serta pengurusan dokumen,"

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan