Bekas Tentera Diminta Tuntut Wang Perkhidmatan

Diterbitkan: Rabu, 6 Januari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BAHARU: Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM) hari ini meminta kesemua bekas anggota tentera yang gagal menamatkan tempoh perkhidmatan kerana lari daripada tugas atau dipecat, agar menuntut wang pampasan sepanjang perkhidmatan mereka.

Presidennya Datuk Mohamad Abdul Ghani berkata sehingga kini belum ada seorang pun daripada 1,995 kes tampil menuntut wang pampasan tersebut.

"Mungkin mereka tidak tahu mereka layak berbuat demikian. Bagi mereka yang telah meninggal dunia pula tuntutan boleh dibuat oleh waris masing-masing," katanya kepada Bernama di sini.

Beliau berkata kesemua mereka layak sekalipun hanya berkhidmat untuk tempoh yang singkat.

"Kerajaan tidak memandang ringan dengan pengorbanan yang diberi oleh tentera dan mereka yang berkhidmat walaupun sehari atau tiga bulan atau empat tahun akan diberi perhatian serius," katanya.

Langkah itu, kata beliau, sejajar dengan keprihatinan kerajaan yang tetap menghargai jasa dan pengorbanan anggota tentera berkenaan sekali pun ada di antara mereka yang dipecat kerana terbabit dengan jenayah.

Mohamed berkata tuntutan boleh dibuat dengan persatuan atau Jabatan Hal Ehwal Angkatan Tentera. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan