Ahmad Zahid Puas Hati Heret Suspek Curi Enjin Ke Mahkamah

Diterbitkan: Rabu, 6 Januari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kementerian Pertahanan berpuas hati dengan tindakan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail yang mengheret seorang anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) berpangkat sarjan dan seorang ahli perniagaan ke mahkamah hari ini berhubung kes kecurian dua enjin pesawat F-5E milik TUDM.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, berdasarkan maklumat yang ada tiada pegawai kanan yang terlibat dengan kes tersebut melainkan mereka yang telah atau akan dibawa ke muka pengadilan selepas ini.

Sehubungan itu, beliau telah pun mengemukakan nota kepada Kabinet di Parlimen pagi tadi termasuk kronologi kes berkenaan.

"Saya sudah bentangkan pada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Parlimen pagi tadi dan beliau berpuas hati dengan laporan tersebut," katanya kepada pemberita selepas menyaksikan Majlis Menandatangani Perjanjian Persefahaman (MoU) Pembayaran Elaun Pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) di antara Bank Simpanan Nasional (BSN) dan Jabatan Latihan Khidmat Negara di sini hari ini.

Kerajaan bersetuju melantik BSN sebagai institusi kewangan yang melaksanakan pembayaran elaun kepada pelatih-pelatih PLKN.

Mengulas lanjut mengenai kes kecurian dua enjin pesawat F-5E itu, Ahmad Zahid menegaskan, nilai jet yang dicuri bukan bernilai RM50 juta setiap satu seperti yang dihebahkan sebelum ini.

"Tidak benar sama sekali nilai yang dicuri bernilai RM50 juta. Jet dan enjin yang hilang hanya bernilai antara AS$2.5 juta (RM8 juta) hingga AS$8 juta (RM27 juta) sahaja setiap satu," katanya.

Beliau turut menolak cadangan untuk menubuhkan Suruhanjaya Diraja untuk menyiasat kes tersebut seperti yang disarankan oleh Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Saya fikir kes ini disiasat oleh jabatan siasatan jenayah sudah memadai, kita letak kepercayaan yang penuh kepada mereka untuk menyiasat kes ini," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Ahmad Zahid sedia untuk mengatur satu penerbangan khas bagi membawa pulang Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra Ibni Almarhum Sultan Yahya Petra yang sedang dirawat di Hospital Mount Elizabeth, Singapura, sejak 15 Mei lepas ke ibu negara.

"Kita sedia membantu tapi buat masa ini masih belum ada permintaan daripada pihak Kerajaan Kelantan untuk membawa pulang Tuanku," ujarnya.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan