Umno Kedah Bantah Tarif Air Dinaikkan

Diterbitkan: Selasa, 5 Januari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Umno Kedah membantah keras sebarang kenaikan tarif air di negeri itu selepas Jabatan Bekalan Air Kedah (JBA) dikorporatkan mulai Januari ini.

Setiausaha Badan Perhubungan Umno Kedah, Datuk Nawawi Ahmad berkata, kenaikan itu akan menambah bebanan rakyat terutama nelayan kecil, petani, penoreh getah dan yang tiada pendapatan tetap.

Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak dilaporkan berkata, pada Disember lepas bahawa tarif air mungkin dinaikkan apabila JBA dikorporatkan dengan nama Syarikat Air Darul Aman (SADA) mulai 1 Januari ini.

Bagaimanapun, setakat ini Azizan belum membuat pengumuman mengenai pengkorporatan JBA.

Nawawi berkata, kerajaan negeri seharusnya memberi justifikasi sebelum mencadangkan kenaikan tarif itu dan menjelaskan tentang operasi SADA. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan