Tiket RM25,000 Menanti Pengunjung Masum 2010

Diterbitkan: Selasa, 5 Januari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Dua puluh tiket penerbangan pergi balik ke beberapa destinasi dalam dan luar negara bernilai RM25,000 menanti pembeli pakej sempena Matta Pameran Umrah dan Pelancongan Muslim Antarabangsa Selangor 2010 (Masum 2010) selama tiga hari bermula 15 Januari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Penganjur Masum 2010, Khairiyatul Azmin Akhiruddin berkata, setiap pembelian pakej bernilai RM500 ke atas layak menyertai pertandingan bagi merebut 20 tiket yang ditawarkan itu.

"Tiket-tiket penerbangan yang ditawarkan membabitkan syarikat penerbangan seperti Cathay Pacific, Egyptair, Gulf Air, Etihad dan Firefly," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata, Masum 2010 yang dijadual berlangsung di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC Convec) di sini, menyediakan lebih 90 gerai yang menawarkan pelbagai pakej umrah dan pelancongan Muslim dalam dan luar negara.

"Pasa Masum 2009 kita berjaya menarik 12,000 pengunjung dan pada tahun ini kita sasarkan dua kali ganda iaitu kirakira 25,000 pengunjung berdasarkan lokasi baru yang lebih strategik dan tumpuan ramai," katanya.

Khairiyatul berkata, Masum 2010 mendapat tajaan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), SACC Convec dan Tourism Selangor serta disokong oleh kerajaan Selangor dan Kedutaan Arab Saudi.

Mengenai pakej umrah yang ditawarkan, beliau berkata, Masum memberikan jaminan pakej yang ditawarkan adalah daripada ejen berlesen serta mempunyai rekod baik.

Sehubungan itu katanya, tidak timbul isu kemungkinan pembeli akan ditipu atau dianiaya.

Selain itu beliau berkata, Tourism Selangor juga akan membuka satu gerai yang dinamakan Rumah Selangor menawarkan pelbagai lokasi pelancong domestik di negeri ini membabitkan keunikan dari sembilan daerah yang terdapat di Selangor.

"Kita juga menyediakan aktiviti sampingan termasuk kuiz untuk kanak-kanak dan cabutan bertuah kepada pengunjung dan mengalualukan kehadiran pelajar-pelajar serta seisi keluarga melihat sendiri perjalanan Masum 2010 dan masuk adalah percuma," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan