Orang Seperti Khalid Samad Hanya Sesuai Bersama DAP - Zulkifli Noordin

Diterbitkan: Selasa, 5 Januari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Ahli Parlimen PKR dari Kulim-Bandar Baru, Zulkifli Noordin yang kini sedang berperang mulut dengan rakannya dari PAS, Khalid Samad menyifatkan ahli Parlimen Shah Alam itu masih belum matang dalam berpolitik dan hanya sesuai berjuang di dalam DAP.

Ini kerana Khalid ketika menjawab tegurannya mengenai isu kalimah Allah yang dibenarkan penggunaannya oleh penganut agama Kristian oleh Mahkamah Tinggi baru-baru ini tidak berdaya memberikan hujah dengan nas dan fakta.

Sebaliknya, kata Zulklifli, tindak-tanduk Khalid menyamakan nadanya (Zulkifli) dengan nada Umno adalah merupakan satu budaya politik hingusan yang hanya memalukan PAS.

"Saya telah mengemukakan bukti dan fakta bagaimana tindak-tanduk YB Khalid bercanggah dengan arus perjuangan PAS. Malah sikap beliau adakalanya memalukan PAS dan kepimpinannya sendiri. Sebab itu saya sekali lagi menyeru YB Khalid supaya menimbang untuk keluar daripada PAS, kerana saya berpendapat sikap dan tindak-tanduk beliau akan menghakis kepercayaan dan keyakinan umat Islam kepada perjuangan Islam yang dibawa oleh PAS.

"Malah saya berpendapat sikap dan tindak-tanduk beliau lebih sesuai untuk beliau duduk bersama dengan DAP. Tetapi itu hak beliau untuk memikirkannya," ujar Zulkifli dalam posting terbaru di laman blognya.

Kata Zulkifli, ternyata Khalid Samad ketandusan hujah bila berdepan dengan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur supaya Kristian diberikan hak menggunakan nama ALLAH sebagai Tuhan mereka.

"Saya telah memberikan pandangan menyanggah tiga alasan yang beliau kemukakan berdasarkan nas, dalil, bukti dan fakta yang saya yakin benar. Tetapi bagaimana cara YB Khalid membalas hujah-hujah ini; beliau sekadar melabelkan pandangan ini dengan melabelnya sebagai pro-Umno.

"Beliau tidak mampu berdepan dengan hujah, beliau mematikannya dan cuba menyelewengkan pandangan dengan melabel pandangan orang lain. Ini ternyata menunjukkan ketidakmatangannya dalam berhujah," tegas Zulkifli.

Menurut pemimpin kontroversi PKR itu lagi, beliau mempunyai hak untuk menegur Khalid kerana sokongan beliau (Khalid) kepada keputusan mahkamah itu mungkin akan menggembirakan segelintir kumpulan, tetapi apakah beliau fikir Pakatan Rakyat tidak memerlukan sokongan dan undi umat Islam.

Zulkifli menegaskan, perasaan dan sentimen masyarakat Melayu dalam hal ini tidak boleh diketepikan begitu sahaja.

Dan sebagai wakil rakyat Pakatan Rakyat, Zulkifli berkata beliau berhak menegur supaya Pakatan Rakyat tidak kehilangan sokongan dan undi umat Islam dan bangsa Melayu.

Saya berani menegur beliau agar rakyat terutamanya umat Islam bangsa Melayu meletak keyakinan dan kepercayaan bahawa PR bukan sahaja akan membela kaum dan penganut agama lain, malahan PR juga komited untuk mempertahan dan membela umat Islam termsuk bangsa Melayu.

"Malangnya karektor dan watak saperti YB Khalid telah memberi tanggapan dan imej negatif dan buruk kepada perjuangan Islam didalam Pakatan Rakyat.

"Ramai di kalangan umat Islam dan bangsa Melayu hampir kehilangan keyakinan dengan perjuangan Islam dan bangsa Melayu dalam Pakatan Rakyat kerana adanya karektor seperti ini sedangkan majoriti penduduk dan pengundi Malaysia masih lagi orang Melayu beragama Islam," ujarnya.

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan