LRT Laluan Kelana Jaya Sedia 35 Tren Pada 2011

Diterbitkan: Selasa, 5 Januari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Ong (kiri) menaiki keretapi LRT empat gerabak ketika meninjau keretapi itu dari Depoh Subang ke KL Sentral di sini, hari ini. Turut serta Pengarah Urusan Kumpulan Syarikat Prasarana Negara Berhad, Datuk Idrose Mohamad (kanan) dan Ketua Pengarah Keretapi Tanah Melayu Berhad, Anuar Kassim (dua, kanan). -- fotoBERNAMA
Ong (kiri) menaiki keretapi LRT empat gerabak ketika meninjau keretapi itu dari Depoh Subang ke KL Sentral di sini, hari ini. Turut serta Pengarah Urusan Kumpulan Syarikat Prasarana Negara Berhad, Datuk Idrose Mohamad (kanan) dan Ketua Pengarah Keretapi Tanah Melayu Berhad, Anuar Kassim (dua, kanan). -- fotoBERNAMA

KUALA LUMPUR: Masa menunggu bagi perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) laluan Kelana Jaya pada waktu puncak akan dipendekkan menjadi dua minit berbanding tiga minit sekarang apabila kesemua 35 set tren, dengan setiap tren dilengkapi empat gerabak (koc), beroperasi sepenuhnya di laluan itu tahun depan.

Selain empat tren sedia ada di laluan LRT itu akan diubahsuai daripada dua gerabak menjadi empat, tren baru yang lain pula akan diterima secara berperingkat mulai sekarang sehingga tahun depan, kata Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Ong Tee Keat.

Beliau berkata, penambahan bilangan tren itu juga dapat menampung jumlah penumpang yang tinggi di laluan LRT itu yang dianggarkan melibatkan 180,000 pengguna sehari. "Tren baru itu berkemampuan menampung kira-kira 800 penumpang dalam satu masa berbanding dua gerabak sekarang yang hanya dapat menampung 400 penumpang sahaja," katanya sidang media selepas menaiki tren baru LRT dari depoh LRT Kelana Jaya ke KL Sentral hari ini.

Ditanya sama ada khidmat LRT laluan Ampang juga akan menggunakan koc baru seperti LRT laluan Kelana Jaya, Ong berkata, kementeriannya akan melakukan kajian terhadap perkara tersebut.

Mengenai cadangan agar kerajaan membina laluan LRT yang baru di Shah Alam, Seri Kembangan dan Puchong di Selangor, ia masih dalam kajian dan memerlukan perancangan yang komprehensif.

Pengarah Urusan Kumpulan Syarikat Prasarana Negara Bhd, Datuk Idrose Mohamed pula berkata, jumlah kos untuk pembelian tren baru, pengubahsuaian tren sedia ada dan mempertingkat sistem tenaga elektrik untuk LRT laluan Kelana Jaya melibatkan kos kira-kira RM1.5 bilion. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan