Kenaikan Harga Gula Tidak Beri Kesan Pada F&B

Diterbitkan: Selasa, 5 Januari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kenaikan harga gula tidak akan memberikan sebarang kesan ketara pada syarikat makanan dan minuman (F&B) besar di negara ini.

Bagaimana pun, pengeluar dan peruncit F&B yang kecil kemungkinan merasai kesan kos bahan mentah yang lebih tinggi.

"Kami tidak merasakan kenaikan harga gula akan menghakis secara signifikan margin pengeluar makanan yang lebih besar seperti Nestle, QL Resources dan Kawan Food kerana mereka biasanya membeli secara pukal," kata OSK Research di dalam satu kenyataan hari ini.

Harga gula kini meningkat 20 sen sekilogram dan dijual runcit RM1.65 sekilogram di Semenanjung Malaysia dan RM1.75 di Sabah dan Sarawak.

OSK berkata, dengan pengurusan kos yang berkesan dan nisbah ramuan, syarikat berkenaan dapat menguruskan kos dengan baik kerana gula hanya salah satu bahan mentah yang digunakan di dalam pengeluaran makanan.

Katanya, kenaikan harga gula juga tidak menyekat penggunaan makanan kerana segmen itu kebanyakannya tidak boleh berubah.

Bagi pengeluar minuman seperti F&N, syarikat penyelidikan itu berkata, kesannya tidak ketara kerana kenaikan minimum harga gula akan hanya diterjemah kepada tambahan 1.0 sen.

Sementara itu, OSK berkata, harga roti akan naik perlahan-lahan.

"Kami merasakan harga semasa tidak dapat dikekalkan pada tempoh yang lama kerana Persatuan Pengeluar Bakeri, yang bermesyuarat secara tetap untuk menentukan harga roti, dijangka menaikkan harganya secara perlahanlahan mengikut harga gandum," katanya.

Harga runcit baru roti putih adalah RM2.30 sebantal. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan