Cekup Sosilawati: JAIS Tidak Gelojoh

Diterbitkan: Selasa, 5 Januari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: "Kami tidak gelojoh membuat serbuan."

Itu tegas Penolong Pengarah Bahagian Perancangan dan Strategik, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Shahrom Maarop apabila ditanya mengenai tuduhan peguam syarie, Datuk Mohd Zaidi Mohd Zain wang mewakili Datuk Sosilawati Lawiya bahawa penguat kuasa jabatan agama itu gelojoh semasa operasi khalwat sehingga usahawan wanita itu berjaya dicekup berkhalwat.

Menurutnya, jika serbuan itu dibuat secara gelojoh, pegawai yang diberi tauliah oleh JAIS itu sudah pasti telah menangkap Sosilawati dan pasangannya dan membawa mereka ke ibu pejabat untuk tindakan selanjutnya seperti yang dilakukan ke atas pasangan-pasangan lain.

“Kita akui ada kesilapan teknikal yang berlaku dalam isu pengeluaran notis, namun ingin saya tegaskan bahawa pihak kami tidak gelojoh ketika menjalankan serbuan.

“Imam yang diberi tauliah itu telah mengambil pendekatan paling minimum dengan membebaskan mereka walaupun pihak kami tidak mendapat kerjasama daripada pasangan Sosilawati.

"Sekiranya kami gelojoh ketika serbuan sudah pasti pasangan itu telah ditangkap pada malam itu juga,” katanya kepada mStar Online di sini hari ini.

Semalam Mohd Zaidi mendakwa penangkapan Sosilawati dan suaminya dibuat secara secara gelojoh sehingga tiada sebarang notis dikeluarkan untuk mengarahkan anak guamnya hadir ke JAIS bagi membantu siasatan.

Kata beliau, pasangan terbabit dalam proses mendaftarkan perkahwinan kerana perundangan membenarkan perkahwinan didaftarkan dalam tempoh enam bulan.

Dalam perkembangan berkaitan, Shahrom berkata, pihaknya akan mengeluarkan notis rasmi untuk memanggil Sosilawati dan pasangannya hadir untuk membantu siasatan berhubung pengesahan perkahwinan mereka.

“Pihak kami dalam proses untuk mengeluarkan notis berkenaan kepada mereka. Insya-Allah dalam masa terdekat kita akan keluarkan notis itu," katanya.

Katanya, Sosilawati dan pasangannya perlu hadir bagi membantu siasatan selepas notis itu dikeluarkan. Pada malam tahun baru lalu, usahawan wanita itu ditangkap berkhalwat dengan pasangannnya di kondominium Astana Damansara di sini.

Bagaimanapun, mereka menafikan ditangkap melakukan kesalahan itu kerana mendakwa telah bernikah di luar negara.

Pada sidang akhbar semalam, Sosilawati turut menunjukkan surat keterangan akuan nikah dan sijil nikah yang dikeluarkan pejabat agama Songkhla, Thailand bertarikh 25 November 2009.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan