13,000 Pengambilan Baru Guru Bahasa Inggeris Untuk Capai NKRA

Diterbitkan: Selasa, 5 Januari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA SAMARAHAN: Untuk mencapai Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA), Kementerian Pelajaran kini dalam proses merekrut kira-kira 13,000 calon lepasan universiti dan lepasan sekolah menengah untuk dilatih sebagai guru Bahasa Inggeris di seluruh negara mulai tahun depan.

Timbalan Menteri Pelajaran Dr Mohd Puad Zarkashi berkata kementerian yakin akan mencapai sasaran itu dan calon yang terpilih akan dihantar ke pusat institut pendidikan guru di negara ini.

"Ini salah satu langkah untuk mengatasi masalah kekurangan guru dan pada masa yang sama untuk memastikan pelajar dapat mengakses pendidikan yang berkualiti sepertimana yang digariskan di bawah NKRA," katanya kepada pemberita selepas melawat Sekolah Kebangsaan (SK) Pendam, Sadong Jaya di sini hari ini.

Beliau turut mengunjungi lapan sekolah rendah dan menengah di kawasan Parlimen Batong Sadong.

Mohd Puad berkata kementerian akan mengambil lebih ramai calon guru tempatan untuk menjalani latihan perguruan bagi mengelakkan masalah penempatan guru di kawasan pedalaman dan luar bandar.

Beliau berkata kini terdapat 6,261 guru di 443 sekolah rendah dan menengah yang dikategori sebagai sekolah luar bandar dan pedalaman di Sarawak.

"Angka ini agak tinggi dan untuk menangani masalah ini, kita harus mengambil lebih ramai calon tempatan yang berminat untuk dilatih sebagai guru," katanya.

Sementara itu, Mohd Puad berkata Kementerian Pelajaran akan mempergiat usaha untuk menyediakan kemudahan pembelajaran seperti bangunan sekolah, kemudahan asas seperti bekalan air bersih dan elektrik di sekolah luar bandar dan pedalaman Sarawak di bawah Rancangan Malaysia Kesepuluh.

"Selain itu, kementerian akan memberi perhatian segera kepada kemudahan rumah guru," katanya. BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan