Setiausaha Politik Baru Nik Aziz Mula Bertugas

Diterbitkan: Isnin, 4 Januari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BHARU: Bekas Ahli Parlimen Bachok, Wan Nik Wan Yussoff, 49, memulakan tugas sebagai Setiausaha Politik Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini, menamatkan teka-teki siapa yang mengambil alih jawatan itu.

Ketika ditemui di pejabat Menteri Besar, Wan Nik yang juga Setiausaha Pilihan raya PAS Pusat berkata, beliau memulakan tugas dengan membantu mengendalikan Menteri Besar mengadakan sidang akhbar.

Jawatan baru disandang Wan Nik berkuatkuasa 1 Januari lepas.

Wan Nik, yang juga bekas Setiausaha Kerja Badan Perhubungan PAS Kelantan, menggantikan Annual Bakhri Haron meletak jawatan lebih awal pada 31 Disember lepas, meskipun kontraknya tamat pada Februari depan atas sebab-sebab peribadi kerana ingin menumpukkan perhatian kepada anaknya yang sedang sakit.

Sementara itu, Setiausaha Akhbar Menteri Besar, Mohd Saiba Yaakub, 40, yang turut meletakkan jawatan itu mengesahkan beliau akan mengosongkan pejabatnya untuk kembali bertugas sebagai pensyarah di Akademi Islam Universiti Malaya (UM) Nilam Puri, Februari depan.

Mohd Saiba berkata, jawatan sebagai pensyarah lebih sesuai baginya berbanding jawatan sekarang yang disandangnya sejak 2007 lepas. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan