Rakyat Mesti Yakin Kerajaan Tangani Isu Kalimah Allah

Diterbitkan: Isnin, 4 Januari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Tan Sri Muhyiddin Yassin mahu semua pihak yakin dengan langkah yang diambil oleh kerajaan bagi menyelesaikan isu kebenaran menggunakan kalimah Allah dalam majalah Herald-The Catholic Weekly oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Khamis lalu.

Timbalan Perdana Menteri juga menasihatkan rakyat terutamanya umat Islam supaya tidak mengeluarkan kenyataan terburu-buru berhubung perkara berkenaan.

"Kita harus yakin tentang langkah yang akan diambil oleh pihak kerajaan, kerajaan juga faham dengan situasi ini, jadi semua pihak tak boleh membuat kenyataan yang terburu-buru," katanya pada sidang media selepas melawat Sekolah Kebangsaan Subang Bestari sempena permulaan sesi persekolahan 2010, di sini hari ini.

Menurut Muhyiddin lagi, langkah yang bakal diambil oleh kerajaan akan mengambil kira sensitiviti semua pihak.

"Kita akan mengambil kira pelbagai sensitiviti, bukan melihat dari soal sejarahnya sahaja tapi kesan dari sudut Perlembagaan, undang-undang, ketenteraman awam dan keselamatan negara," katanya.

Jelas beliau, rayuan yang akan dibuat oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Pejabat Peguam Negara akan mengambil kira aspek berkenaan.

"Perdana Menteri sudah umumkan yang kita akan membuat rayuan melalui KDN dan Pejabat Peguam Negara.

"Mereka akan meneliti dan memohon supaya mahkamah yang lebih tinggi membuat pertimbangan sama ada keputusan itu wajar dikekalkan atau dibuat keputusan yang lain," katanya.

Khamis lalu, Mahkamah Tinggi membenarkan akhbar itu menggunakan kalimah Allah dalam penerbitannya atas alasan ia mempunyai hak dalam Perlembagaan.

Hakim Datuk Lau Bee Lan menegaskan, KDN telah bertindak secara salah ketika mengenakan larangan penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan akhbar mingguan itu.

Pada 16 Februari lalu, Ketua Paderi Roman Katolik Kuala Lumpur, Tan Sri Murphy Pakiam, sebagai penerbit akhbar itu memfailkan permohonan semakan kehakiman bagi menuntut deklarasi bahawa keputusan Menteri Dalam Negeri melarangnya menggunakan perkataan Allah adalah haram dan perkataan itu bukan eksklusif bagi agama Islam.

Selain itu Muhyiddin turut menyeru supaya rakyat bertenang dan tidak mencetuskan keadaan huru-hara yang lebih merumitkan.

"Kita tak mahu dengan sebab keputusan itu boleh membangkitkan suasana bukan sahaja marah dan tegang hingga menjejaskan hubungan antara agama dan kaum dalam negara kita.

"Kita faham bagi masyarakat Islam ini bukan soal penggunaan nama sahaja, ia ada kaitan dengan soal akidah dan hukum tauhid... perkara ini amat sensitif kerana bagi masyaratkat Islam perkara itu tidak boleh dimain-mainkan.

"Sebab itu saya percaya bila rayuan dibuat, kita harap mahkamah akan membuat penilaian semula dengan mengambil kira semua perkara ini," katanya.

Ditanya sama ada kerajaan akan menganjurkan majlis dialog dengan badan-badan keagamaan bagi menyelesaikan masalah ini, beliau berkata: "Kita selalu mengadakan dialog yang jelas bertujuan mewujudkan hubungan lebih baik antara beberapa kumpulan agama yang mewakili beberapa pertubuhan.

"Saya yakin perkara ini boleh selesai dan kita adakan perbincangan dengan badan-badan agama agar mereka boleh faham di samping kita merujuk kepada apa yang diputuskan oleh mahkamah berdasarkan Perlembagaan," katanya.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan